Alor Setar: Penjaja kecil di seluruh negara diminta mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memudahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapatkan pangkalan data senarai penerima subsidi minyak masak bersasar.
Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, berkata program subsidi minyak masak bersasar yang akan dimulakan secara berperingkat tahun depan itu akan memperincikan lagi penerima yang layak selain untuk golongan B40 dan M40. "Penjaja kecil seperti penjual pisang goreng, karipap, keropok lekor dan ayam gunting juga termasuk dalam senarai penerima. Kita minta mereka mendaftar dengan SSM kerana ia percuma untuk B40. "Golongan penjaja ini terdiri daripada sejuta pemain industri mikro yang kebanyakannya tidak mendaftar. Mereka mungkin takut mendaftar, nanti kena bayar cukai. Sebenarnya jika tidak cukup (had) pendapatan, tidak perlu bayar (cukai)... mereka hanya perlu membuat laporan tahunan saja, ini yang mereka tidak faham.
"Sekiranya mereka mendaftar, ia akan memudahkan kami. Kami nak mulakan satu persatu untuk masukkan golongan ini ke dalam dasar yang dibuat," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Rahmah Premium di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit, di sini, hari ini. Dalam pada itu, Fuziah berkata, seramai 5.8 juta rakyat golongan B40 dan M40 yang layak menerima subsidi minyak masak telah dikenal pasti, namun pihaknya masih berdepan masalah untuk mengumpul dan menyelaraskan data. "Kita perlu mengambil kira banyak perkara terhadap golongan ini, contohnya lokaliti kawasan dan tanggungan. Golongan M40 yang duduk di Kedah dan Kuala Lumpur, kos sara hidupnya tidak sama. Ada yang kena jaga ibu sakit, tua semua... jadi semua faktor-faktor itu harus diambil kira," katanya. Fuziah berkata, sejumlah 60,000 tan metrik minyak masak bersubsidi disediakan kerajaan untuk golongan sasar, setiap bulan. Beliau berkata, jumlah itu sepatutnya lebih daripada keperluan kumpulan sasar kerana berdasarkan kajian, setiap isi rumah memerlukan 4.8 kilogram minyak masak sebulan. Sumber: BH Online
|
krustykrab: Nak daftar mcm mana..penjaja ni dgr je lhdn terus takut..ada gak penjaja ni warga asing mcm priskis.
krustykrab replied at 3-9-2023 09:37 PM
Nak daftar mcm mana..penjaja ni dgr je lhdn terus takut..ada gak penjaja ni warga asing mcm priskis. ...
gigahertz replied at 4-9-2023 01:49 AM
kalau dah ada rumah & Kereta mmg sah LHDN akan carik.
LHDN tak tanya banyak. dia cuma nak bukti in ...
CiliPadiSedap replied at 4-9-2023 01:07 AM
Kalau sahih berita ni tahun depan harga akan naik lg melambung..
krustykrab replied at 4-9-2023 02:55 PM
Mcm mana tak jd golongan tersakiti. Yg gomen dok sekat ialah rakyat sendiri. Tp yg kat sempadan si ...
kelapaparut replied at 4-9-2023 08:13 AM
penjaja2 yg bketurunan indon, bangla, rohingua, kedai acheh sumer leh dpt minyak subsidi jugak ke
krustykrab replied at 4-9-2023 12:13 AM
Sb tu tk sesuai guna lhdn. Yg bisnes sendiri selagi boleh tk mau byr tax. Bila tanya blh bg alasan ...
pengecatbintang replied at 4-9-2023 12:28 AM
orang lain niaga bayar cukai..
ko x mo bayar cukai
gigahertz replied at 4-9-2023 07:21 PM
hati hati berurusan dengan LHDN ni.
sebab katalah hari ini dapat cukai pendapatan kena bayar seban ...
pengecatbintang replied at 4-9-2023 11:24 AM
oooo...
kena tolak dari harta yg diwariskan kott?
gigahertz replied at 4-9-2023 07:16 PM
kalau u jadi tax payer make sure resit2 7 tahun lepas
u gali keluar balik. forum sebelah ada kompl ...
gigahertz replied at 4-9-2023 07:21 PM
hati hati berurusan dengan LHDN ni.
sebab katalah hari ini dapat cukai pendapatan kena bayar seban ...
ADVERTISEMENT