Penerbit Datuk Ayu Puteh sudah empat hari ditahan di hospital selepas djangkiti Influenza A serta mendapat serangan panik sehingga rebah di kediamannya baru-baru ini Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 47, berkata demam dialaminya baru surut hari ini namun badannya masih lemah dan perlu dimasukkan air glukosa.
"Saya cuma ingat sudah berada dalam ambulan selepas rebah di rumah tempoh hari. Tiga hari suhu badan saya berada pada bacaan lebih 38 darjah celsius dan memang terbaring saja. "Alhamdulillah hari ini demam sudah surut tapi masih belum cukup bertenaga. Saya cuma mampu bangun untuk ke tandas dan selebihnya memang baring sepanjang masa. Kepala pun rasa asyik melayang," katanya. Ayu mengakui tekanan menjadi faktor dirinya jatuh sakit. Katanya, selama ini dia memang jarang sakit tapi akhirnya tewas kerana terlalu banyak hal difikirkannya.
"Saya ingat demam biasa dan cuma ambil panadol, air badak, serta air kelapa. Sehinggalah tiba-tiba seluruh badan mengigil sebelum kebas dan rebah. Saya rasa tekanan dalam badan memang sudah terlebih had. "Doktor masih memantau sekiranya saya boleh keluar hospital dalam masa terdekat. Sekarang ini saya memang kena cukup rehat saja untuk kembalikan semula tenaga," katanya. Terdahulu, anaknya juga pelakon Wanna Ali, 26, berkongsi pengalaman mencemaskan itu yang disifatkan cukup menakutkan dalam hidupnya selepas Ayu tiba-tiba lumpuh selama 40 minit. "Sampai hospital baru ibu boleh respon kepada kami. Badannya lumpuh sekurang-kurangnya 40 minit namun masih boleh mendengar," katanya. Sumber: Harian Metro |
lasagna: uiks, iols baru amek vaksin in ...
lasagna replied at 4-9-2023 10:04 AM
uiks, iols baru amek vaksin influenza hari tu, tetiba baca news gini pulak.
btul ke punca influenza ...
Kakashial replied at 4-9-2023 04:08 PM
Betul. Lagi siksa dari COVID . Seluruh badan sakit. Sendi2 mcm kena patah2. Badan on off panas. S ...
Lolalala replied at 4-9-2023 02:02 PM
Sakit kepala yg berat sangat. Nak tengok hp pun x lalu. Nak makan mulut pahit gile. Tekak sakit. L ...
lasagna replied at 5-9-2023 09:47 AM
allahuakbar.. beratnya pengalaman chuols, syafakallah moga sihat laa hendaknya sekarang.. mmg lagi ...
Lolalala replied at 5-9-2023 09:36 PM
Kami kena 1 family. Anak sorg je ambil vaksin influenza, dia sorg je demam biasa². Anak dua org l ...
lasagna replied at 4-9-2023 10:04 AM
uiks, iols baru amek vaksin influenza hari tu, tetiba baca news gini pulak.
btul ke punca influenza ...
mamapea replied at 6-9-2023 08:46 AM
jiran aku ckp influenza mmg lg sakit dr covid...covid pun dia dh kena 2x rasanya...
masa kena infl ...
ADVERTISEMENT