CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir Tiap Tahun Nak Kena Alih Pulau Terapung

3-9-2023 09:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3174| Komen: 13

Washington: Hampir setiap tahun, penduduk tempatan terpaksa bekerjasama mengalihkan 'pulau terapung' gergasi di Tasik Chippewa di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS).

Oddity Central melaporkan, pulau terapung berusia beberapa dekad itu boleh menimbulkan masalah kepada penduduk tempatan sekiranya ia hanyut dan menghalang jambatan yang menjadi satu-satunya laluan antara bahagian timur dan barat tasik berkenaan.


PEMILIK bot tempatan berganding bahu mengalihkan pulau terapung di Tasik Chippewa. FOTO Agensi

Apabila ia berlaku, satu-satunya cara untuk mengalihkannya adalah dengan menggunakan puluhan bot yang bergerak secara serentak dan memindahkannya ke kawasan tengah tasik berkenaan.

Tahun lalu, 25 bot digunakan untuk menolak pulau terapung itu dari sekitar kawasan jambatan.

"Hampir setiap tahun, ia memerlukan usaha komuniti (mengalihkan pulau terapung itu) dan kamu perlukan bantuan angin dari arah belakang untuk menolak (pulau terapung berkenaan)," seorang lelaki tempatan memberitahu Northern News Now.


Mengenai kewujudan pulau terapung itu, ia berlaku berikutan rawa paya gambut di Tasik Chippewa atau dikenali Chippewa Flowage itu, mula naik ke permukaan dan menjadi habitat untuk benih tumbuhan yang dibawa oleh angin dan burung liar.

Seiring peredaran masa, tumbuhan dari rumput ke pokok mula tumbuh dan rimbunan akar sebenarnya menyebabkan rawa paya itu terapung kemudian tumbuh membentuk pulau di tasik yang wujud sejak 1923.

Menurut laman sesawang Chippewa Flowage, pulau terapung itu ditumbuhi pokok yang bertindak sebagai penghalang apabila angin bertiup, namun ia berupaya menggerakkan seluruh jisim pulau terapung itu ke sekeliling tasik.

Hari ini, pulau terapung yang asalnya hanya seluas kawasan tempat letak kereta bertukar kepada beberapa ekar dan dipanggil 'Forty Acre Bog'.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 3-9-2023 09:32 PM
[youtube]X2AG6LAOBYo[/youtube]

Kalau tgk video ni baru nmpk jelas.
Tgk gmbr mcm x paham
Quote supernaturalee 4-9-2023 08:52 AM
slyfynx replied at 3-9-2023 09:32 PM
Kalau tgk video ni baru nmpk jelas.
Tgk gmbr mcm x paham

owh bwh tu akar2 pokok paya
katanya wujud sejak 1923
maknanya seabad dh wujud

tp bgs lh komuniti dorg sama2 turun




Quote TabletSusu 4-9-2023 09:30 AM
supernaturalee replied at 4-9-2023 12:52 AM
owh bwh tu akar2 pokok paya
katanya wujud sejak 1923
maknanya seabad dh wujud

sefaham aku.. tasik tu yg wujud since 1923

x boleh tambat ke pulau tu? jgn bg bergerak
Quote Supersirap 4-9-2023 09:52 AM
Bestnya pulau ni boleh dipindah-pindahkan
Quote mamapea 4-9-2023 10:08 AM
comel pulak boat2 tu dok tolak pulau tu beramai2...genius btl...
Quote AznieBunnie 4-9-2023 10:14 AM
TabletSusu replied at 4-9-2023 09:30 AM
sefaham aku.. tasik tu yg wujud since 1923

x boleh tambat ke pulau tu? jgn bg bergerak

kan.. pasang la pancang 1, ikat bagi dok diam situ. kata negara maju.

Quote she 4-9-2023 10:31 AM
Tohuk ler sauh macam kapal tu
Tambat elok2

Macik ingatkan Tasik Chini
Sebab tulisan kat page depan tu separuh aje
Hahaha clickbait betoi
Quote ninja boy 4-9-2023 01:48 PM
Baru nak tulis bubuh sauh parking supaya pulau x merayau sana sini
Quote Burong_Hantuk 4-9-2023 02:06 PM
kalau kat malaysia nih,dah lama pulau tu jatuh ke tangan singapok
Quote Simunggu 4-9-2023 03:31 PM
puluhan tahun tak ada org nak letak sesuatu utk tahan tu pulau? bodoh betul
Quote She-Ra 4-9-2023 03:45 PM
soalan
kenapa tak tambat ek?
Quote B40tastePosh 4-9-2023 08:45 PM
slyfynx replied at 3-9-2023 09:32 PM
Kalau tgk video ni baru nmpk jelas.
Tgk gmbr mcm x paham

Cute nye pulau pulau tu dgn bangsa Caucasian....sama² comel.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.160416 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top