Johor Bahru: Kerajaan bersetuju melakukan pelarasan tangga gaji pensyarah, profesor serta penjawat awam menerusi Belanjawan Madani kedua yang akan dibentangkan di Parlimen, bulan depan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, perkara itu sebagai langkah sementara sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan. Katanya, kajian skim gaji dan persaraan penjawat awam itu dijangka selesai dilakukan pada tahun hadapan. "Saya lihat pelarasan gaji pensyarah, profesor dan penjawat awam sudah 10, 12 tahun tidak dikaji, tidak dinaikkan. "Padahal mengikut peruntukan, setiap 10 tahun perlu ada pelarasan (gaji), tandas bocor kerja saya, gaji pun kerja saya, saya tidak boleh mengadu, saya Perdana Menteri kena selesaikan semua masalah ini," katanya. Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi danNaib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.
Anwar berkata, generasi muda disaran menolak politik fitnah yang cuba diterapkan segelintir pemimpin politik negara ini, sekali gusmengubah naratif politik masa depan. Katanya, corak segelintir pemimpin politik khususnya pembangkang dilihat tidak sesuai diikuti generasi muda yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara nanti. "Anak-anak muda perlu mempunyai gaya pemikiran yang kritis supaya dapat membezakan antara fakta dan fitnah. "Saya percaya insya-Allah kita boleh angkat negara Malaysia sebagai negara hebat dan gagah dirantau ini. Siapa yang boleh lakukan, anak muda. Orang lama asyik hendak gaduh sahaja, fitnah. Fikir sendiri, fikirkan sesuatu untuk selamatkan negara ini. "Anak muda perlu mengubah naratif politik dan ekonomi negara ini kerana merekalah yang boleh menyelamatkan negara," katanya. Sumber: Harian Metro |
wirazam: Prof tu gaji dah byk dah kot.. ...
orangbiasaje replied at 3-9-2023 11:46 PM
Berapa gaji profesor awam kat Malaysia sebulan?
Gaji / Elaun | Gred JUSA C | Gred JUSA B | Gred JUSA A |
Gaji Pokok | RM 14,587 | RM 15,900 | RM 17,331 |
Elaun Keraian | RM 2,500 | RM 3,050 | RM 4,000 |
Elaun Perumahan | RM 1,300 | RM 1,600 | RM 2,000 |
Elaun Insentif Khas | RM 500 | RM 750 | RM 1,250 |
Elaun Pembantu Rumah | RM 500 | RM 500 | RM 500 |
Elaun Tetap Jawatan KSN/ JUSA | RM 1,000 | RM 1,500 | RM 2,500 |
Elaun Penyelenggaraan Rumah | RM 166 | RM 166 | RM 166 |
xy_daen replied at 4-9-2023 12:45 PM
Naikkan 3% je sudah jangan lebih2
batu kikir replied at 4-9-2023 05:36 PM
Lepas ni cikgu cikgi mesti memekak nak naik gaji. Kerja diaorang banyak konon. Kena ngajar, kena ma ...
Leha_Janda replied at 4-9-2023 12:06 PM
Gaji Professor di IPTA dia ikut gred
JUSA A
Leha_Janda replied at 4-9-2023 12:06 PM
Gaji Professor di IPTA dia ikut gred
JUSA A
ADVERTISEMENT