CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tumbuk Sampai Mati, Suspek Syak Mangsa Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri

3-9-2023 08:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3897| Komen: 23

Machang: Motif kejadian pergaduhan yang menyebabkan seorang penjawat awam maut dalam kejadian pagi tadi kerana suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata susulan kejadian itu suspek berusia 46 tahun ditahan untuk siasatan lanjut selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang.


SAKSI menunjukkan kesan darah mangsa yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai di Kampung Cabang Sungai Hala. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

"Motif kejadian adalah suspek mengesyaki mangsa yang juga simati ada hubungan sulit dengan isterinya.

"Suspek bekerja disebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur manakala mangsa dan isteri suspek adalah penjawat awam yang bekerja disebuah jabatan yang sama di Kuala Krai," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Mengulas kejadian yang berlaku, Muhamad Zaki berkata, dalam kejadian jam 11 pagi di sebuah kedai makan di hadapan Hospital Machang berlaku satu pergaduhan membabitkan dua lelaki berusia 46 dan 51 tahun.


"Akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan serius dibahagian muka.

"Mangsa juga mengalami kecederaan parah di kedua mata dan patah tulang rusuk sebelah kiri. Manakala suspek hanya mengalami kecederaan di kedua belah tangan.

"Pergaduhan berlaku tanpa membabitkan sebarang senjata. Mangsa berusia 51 tahun dibawa ke Hospital Machang oleh ambulans untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Machang untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut terhadap suspek dan mangsa mendapati tiada sebarang rekod jenayah.

"Hasil ujian saringan awal terhadap suspek didapati negatif dari sebarang jenis dadah. Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Machang esok untuk perintah tahanan reman," katanya.

Terdahulu, Seorang lelaki dipercayai penjawat awam dilaporkan maut selepas berlaku pergaduhan di sebuah kedai di Kampung Cabang Sungai Hala, di sini, pagi tadi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 3-9-2023 09:09 PM
Terkedu.. tgk darah kt lantai tu.. sia2 bang. Kalau bini ko mmg kantoi sundal ceraikn jela.. ko g tumbuk jantan tu smpi arwah. Dah xpsl2 ko ke dlm..
Quote kemaruk 3-9-2023 09:12 PM
Ingatkan kat malaysia
Quote tikusmontok 3-9-2023 09:35 PM
Closed. Thread dah ada.
Quote sharlenetexas 3-9-2023 09:37 PM
Ingatkan mangsa umur 30an. Dah 51 rupanya. Umur subsidi lah ni kalau ada pakej tiga serangkai.

Quote B40tastePosh 4-9-2023 03:13 AM
Kalau dah gaduh level gini, mesti la si suami ada bukti kukuh yg bini nye menyundal dgn rakan sekerja sheols.

Quote green~tea 4-9-2023 03:41 AM
Pelik2 laa umur senja dah memasing...
Quote Suchi 4-9-2023 07:59 AM
Ohh PJJ rupanya
Iols terpaksa baca 2 kali sbb taktau sapa yg keje gomen rupanya mangsa keje gomen.
Bila jd gini, si bini gakla yg untung bleh cari pakwe baru lagi.
Laki pun dah ke dalam, skandal pun dh mati.
Quote kelapaparut 4-9-2023 08:19 AM
keje gomen mmg berderu pompuan nak, cube ko keje swasta, keje sendiri, xde bini2 yg kacau ko, anak dara pun xnak, janda mungkin nak.
Quote s@s@ 4-9-2023 08:46 AM
tengok tajuk tumbuk sampai mati.... so ble bullshitkan kenyataan polis kes skandel dgn bini
Quote prince_marhaen 4-9-2023 10:32 AM
tapi meols tengok gambar kat X (twidder) suspek ada pegang pisau kecik ala-ala pisau potong buah tu... mesti digodoknya arwah tu... dengar kata wife heols Timb. PPD situ... tak sure yang mana satu sebab Timb. ada dua perempuan...gitteww.. sia-sia je bang.. len kali debik sikit je, sekali ngan bini abang tu.. pastu ceraikan saje.. for sure diorang pun takkan kawin punya sebab malu.. buat stok2 romen2 je tu..
Quote Sazreena 4-9-2023 04:23 PM
Sesia je kena gantung sebab bini sundel.
Quote sharlenetexas 4-9-2023 04:28 PM
prince_marhaen replied at 4-9-2023 10:32 AM
tapi meols tengok gambar kat X (twidder) suspek ada pegang pisau kecik ala-ala pisau potong buah tu. ...

Kalau mangsa dgn bini suspek kerja kt ppd k krai, rasanya mrsm k krai kat pagar sebelah tu pun sibuk bergosip.

Quote shy79 4-9-2023 06:17 PM
prince_marhaen replied at 4-9-2023 10:32 AM
tapi meols tengok gambar kat X (twidder) suspek ada pegang pisau kecik ala-ala pisau potong buah tu. ...

haha cepat uols gugel ya..
iols syak yg acik baju merah itu..mcm bergaya sikit..
yg sorang lagi tu mcm acik2 sgt takkan la kan
kalu speku salah mati la mak
Quote CatMiow 4-9-2023 06:27 PM
lanacondor replied at 3-9-2023 09:09 PM
Terkedu.. tgk darah kt lantai tu.. sia2 bang. Kalau bini ko mmg kantoi sundal ceraikn jela.. ko g tu ...

Nak ceraikan rugi,kalau bini mati tak boleh dapat pencen bini, kalau tak mati pun, tak boleh tumpang pencen bini bulan-bulan.
Quote likilu 4-9-2023 06:29 PM
prince_marhaen replied at 4-9-2023 10:32 AM
tapi meols tengok gambar kat X (twidder) suspek ada pegang pisau kecik ala-ala pisau potong buah tu. ...

Yg hajjah baju merah tu ke?

Alahaiii

Betul la boleh runtuh institusi kekeluargaan walaupun sekian lama kita pakat normalize kan pjj family ni
Semoga semua family dapat duk sekali n berkasih sayang dgn halal n xde ruang skendel jahat melusup masuk.
Poligami pun takpe jangan la amalkan seks bebas
Quote CiliPadiSedap 4-9-2023 06:54 PM
prince_marhaen replied at 4-9-2023 10:32 AM
tapi meols tengok gambar kat X (twidder) suspek ada pegang pisau kecik ala-ala pisau potong buah tu. ...

timb ppd semua lelaki takkan bini dia laki?
Quote ChildrenOfBodom 4-9-2023 06:55 PM
Gambaq achik yg menjadi rebutan kotey yg malang itu takdak ka? Nk buat analisa whether her pussy is worth to die for
Quote green~tea 4-9-2023 07:04 PM
shy79 replied at 4-9-2023 06:17 PM
haha cepat uols gugel ya..
iols syak yg acik baju merah itu..mcm bergaya sikit..
yg sorang lagi tu ...

Bukan baju merah menyala tu... macik gemok pendek lagi satu tu.. yang huduh tu.. so mmg betul laa betina hodoh inferiority complex and narcissist
Quote dekmieDandy 5-9-2023 09:39 AM
off topic, dah masuk 2023 ni, ada lagi photo op macam kat atas tu yer

siap mencankung lagi nak tunjuk

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.294335 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top