CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azhar Sulaiman Kalis Kontroversi

3-9-2023 10:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2810| Komen: 4

Dilabel bapa yang gagal mendidik anak apabila dikatakan tidak mampu mengawal kelakuan anak daranya, Kasih Iris Leona, aktor Azhar Sulaiman tidak pernah sekali pun melatah.

Azhar sebaliknya tenang bahkan tidak menyalahkan masyarakat yang cenderung memerhati rapat Leona dan dua lagi anaknya, Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin kerana statusnya sebagai selebriti.



Bagi Azhar Sulaiman, seburuk-buruk Leona di mata netizen, gadis berusia 24 tahun itu tetap darah dagingnya sendiri.

“Ada orang persoalkan bagaimana cara saya mendidik anak. Saya beritahu mereka, cara saya mendidik anak tidak sama dengan orang lain.

“Apa yang saya buat adalah antara saya, anak-anak dan Tuhan. Yang ‘menjawabnya’ juga nanti adalah saya,” kata bekas pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 1990/1991 itu.

Sebagai seorang artis, Azhar cukup sedar kecenderungan netizen terhadap cerita-cerita bersifat kontroversi dan sensasi kerana perkara sebegitu lebih menarik perhatian.



Malah kata Azhar, dia tidak rimas dengan kritikan yang sering dilemparkan ke atas anaknya kerana faham skop kegilaan netizen.

“Lumrah manusia ingin tahu sesuatu, lagi-lagi tentang keburukan. Sensasi itu yang menarik perhatian masyarakat.

“Saya tidak rimas apabila orang selalu kritik anak saya. Kerana saya sudah pun ‘bermain’ dengan permainan ini (menjadi selebriti).

“Lagi pun saya tidak boleh mengharapkan pujian semata-mata. Bila orang puji, kita suka. Tapi bila orang keji, takkan kita nak melenting pula. Saya kena terima semuanya,” jelas Azhar.


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-9-2023 11:00 AM
Wlupon anak2 nya urban tapi nampak bonding dalam family dorg tu.. daripada yg acah2 dok mengata family ni, tapi hakikatnya keluarga dorg tetap porak peranda…
Quote she 3-9-2023 11:01 AM
Macik tak minat Behar
Tapi
Macik minat betul dengan Leona
Ya ampunnnn udoh ler comel
Cakap lemah lembut betoiiii

Bestnya kalau dapat menantu gitu
Quote prince_marhaen 4-9-2023 10:37 AM
walaupun anak-anak heols nampak liar, tapi nampak behave ye, cuma pakaian je yang kekadang too much (walaupun tu sebenarnya biasa je bagi circle diorang)...anak-anak dia tak spoil walaupun family kaya raya harta berkoyan... belajar bagus, koko bagus, siap kerja lagi, independent kat negara orang, aktif semua jenis aktiviti berfaedah, pandai music & well mannered & polite... so, netizen nak sempurna 100% memang tak dapat lah jack... lifestyle diorang tak sama ngan acik2 kepam sekalian.
Quote Burong_Hantuk 4-9-2023 02:24 PM
untung lerrrrr

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.198174 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top