CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Warga Indonesia Terbabit Kes Bunuh Ditahan

3-9-2023 10:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2401| Komen: 3

Keningau: Polis menahan empat lelaki warga Indonesia semalam, selepas dipercayai terbabit dengan kes bunuh seorang lelaki di Kampung Batu 27, Jalan Tenom-Keningau, 27 Ogos lalu.

Mangsa warga Indonesia berusia 47 tahun ditemui terbaring oleh orang awam kira-kira jam 4 petang.



Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, hasil siasatan mendapati mangsa ditemui oleh seorang lelaki warga tempatan ketika melakukan rondaan di kawasan kebun berkenaan.

"Mangsa ditemui terbaring di rumah kebun dalam keadaan tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas. Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Namun disahkan meninggal dunia pada keesokannya akibat pendarahan dalaman otak dengan terdapat benjolan pada kepala kanan mangsa," katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu jam 9.50 malam, pada 29 Ogos lalu dan siasatan terus dilakukan.


"Hasil siasatan, dua wanita dan seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan untuk mengesan empat suspek utama yang terbabit dalam kes itu.

"Bertindak atas maklumat, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau berjaya membuat tangkapan secara berasingan terhadap empat suspek terbabit.

"Keempat-empat suspak warga Indonesia berusia 17 hingga 37 tahun itu ditahan antara jam 8 pagi hingga 3 petang di kawasan tepi jalan Kampung Bunga Raya, di sini, dan hadapan rumah tidak bernombor di ladang sawit Sapong-Tenom," katanya.

Beliau berkata, semua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Rohana 3-9-2023 08:07 PM
Berita biasaaaaaa
Quote Sazreena 4-9-2023 03:04 PM
Kurang la sket indon kat mesia..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.041004 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top