CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mak Jah Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon Sebab Masalah Kesihatan, Kini Bergantung Bantuan Biayai Perubatan

3-9-2023 10:24 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3336| Komen: 17

Pelakon veteran Mak Jah mendedahkan dirinya sudah tidak mampu untuk menerima tawaran lakonan gara-gara keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad, 74, berkata kali terakhir dia terlibat dalam penggambaran drama adalah pada bulan Ramadan lalu. Kata Mak Jah, keadaan kakinya yang sudah tidak kuat membuatkan dirinya sukar untuk bergerak.



"Saya sekarang tidak lagi menjalani mana-mana penggambaran drama. Kali terakhir, Haji Zeel saja yang mengambil saya berlakon pada bulan puasa lalu.

"Sebenarnya tawaran berlakon tu ada lagi... Haji Zeel ada saja beri saya job berlakon tetapi keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan.

"Badan saya sihat tetapi kaki saya lemah kerana mempunyai masalah urat saraf... saya tidak boleh berjalan laju atau terlalu cepat," katanya kepada mStar.

Selain masalah saraf, Mak Jah juga memberitahu dia menghidapi penyakit kencing manis.


"Saya ada buat pemeriksaan di hospital. Saya memang ada penyakit kencing manis... jantung Alhamdulillah okay. Cuma ada darah tinggi sikit tapi sekarang dah stabil.

"Cuma kencing manis la kadang naik kadang turun. Ada sekali tu kencing manis saya naik sampai tak ada nombor sebab terlalu tinggi.

"Kaki saya pula ini sekejap elok, sekejap sakit. Ada sekali tu tiga bulan saya tidak dapat berjalan... tak boleh berjalan langsung sebelum puasa tempoh hari," ujarnya.


Menolak tawaran lakonan, pelakon drama Imam Instant Ustazah Scammer itu menjelaskan dia tidak mahu menyusahkan pihak produksi serta pelakon lain di set penggambaran.

"Dengan keadaan kesihatan yang tidak begitu baik, saya tidak mahu mengganggu pihak produksi.

"Saya juga tidak mahu menyusahkan pelakon-pelakon lain. Saya faham produksi nak habiskan penggambaran dengan cepat... kalau saya berjalan pun perlahan, sebelum orang marah baik saya elakkan diri daripada terlibat," jelasnya.

Disebabkan tiada tawaran lakonan, aktres ini mengakui berdepan masalah kewangan dek kerana perlu membiayai rawatan perubatan.

Pun begitu, Mak Jah tetap bersyukur kerana dirinya menerima bantuan daripada pihak Baitulmal untuk mengurangkan sedikit beban.

"Sejujurnya daripada segi kewangan memang tidak dinafikan sejak tidak berlakon terasa sesak jugalah.

"Saya perlukan wang untuk perubatan. Di hospital kita hanya diberi ubat sahaja. Macam penyakit kencing manis, jarum dan perkakasan untuk suntikan kena beli sendiri.

"Tapi syukur Alhamdulillah saya mendapat bantuan Baitulmal setiap bulan sebanyak RM500, wang inilah yang saya gunakan untuk biayai perubatan," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 3-9-2023 12:17 PM
Dia tk pernah kawen ke?  Anak2 takde ke?  Siblings takde?  Tak byk belanja kan kalau utk ke public hospital, dan utk kehidupan seharian dia sorang.
Quote honeybee1802 3-9-2023 01:36 PM
Mak jah ni...rm500 pun dia berlapang dada..still keje mana terdaya n pikir tak mo susahkan org..rs sejuk hati kalo dia mintak tolong kan...
Quote gideoncross 3-9-2023 01:45 PM
Smoga urusan Mak Jah smua skli d prmudahkan, Amin2 YRA
Quote Burong_Hantuk 3-9-2023 02:20 PM
moga dipermudahkan
Quote sjwma 3-9-2023 02:29 PM
asamfish replied at 3-9-2023 12:17 PM
Dia tk pernah kawen ke?  Anak2 takde ke?  Siblings takde?  Tak byk belanja kan kalau utk ke public h ...

Pernah kawen.. Tapi da bercerai.. Ada 3 org anak kalau tak salah..
Quote ketambangkang 3-9-2023 03:39 PM
dh 74 tu mmg dh patut berehat la mak jah
Quote nolya 3-9-2023 03:57 PM
ketambangkang: dh 74 tu mmg dh patut berehat la mak jah

Orang tua mana yg sanggup lagi bekerja mencari nafkah kalau semuanya bercukupan.  Tapi nasib orang tak sama. Ada yg perlu berjuang untuk teruskan hidup, apa lagi bila berhadapan dgn penyakit, nak ulang-alik ke hospital. Naik grab, naik teksi pun nak kena duit juga.  Dlm keadaan yg tak kuat kaki berjalan, orang yg seumur Mak Jah memang payah. Sapekah yg mengiring dn pimpin Mak Jah ke hospital.
Mak Jah boleh tak agaknya mohon bantuan zakat. Ada anakkah? Anak tak bantu?

Quote sangbara2020 4-9-2023 10:06 AM
smoga dipermudahkan mak jah,,...
Quote lasagna 4-9-2023 10:10 AM
dlu masa sihat pernah nmpk mak jah kat area bdr tun razak cheras n kajang, dia drive kete sendiri, bila tegur ramah btul dia, berehat lah mak jah, tak perlu dah berlakon lagi, syafakallah n get well soon!
Quote virgocircus 4-9-2023 10:12 AM
Syafakillah... Semoga dipermudahkan urusan mak jah.. teringat dia berlakon citer penangggal dulu..muka dia mmg skeri betul. Aku nk g toilet pun jadi takut. Huhu
Quote bynroslan 4-9-2023 10:18 AM
Harap anak2 (kalau ada) bantu bawak Mak Jah ni ke klinik kesihatan, sana semua ubat termasuk insulin untuk diabetic, ubat darah tinggi semua mak jah ni boleh dapat free je sebab dah kategori warga emas. Cumanya maklum la benda free ni, kena sabar menunggu. Tunggu nombor ambik darah, cek urine. Tunggu no giliran jumpa doktor, tunggu no giliran amik ubat. Ubat pun mostly sekarang dia bagi bekal untuk sebulan, untuk topup kena datang lagi. Kesian dah umur 74 pun masih bekerja. Semoga dipermudahkan semua urusan Mak Jah.
Quote prince_marhaen 4-9-2023 10:40 AM
Mak Jah ni lah yang betul layak dibantu, bukan acik sihir propa tak hormat laki macam Mak Wan tu...
Quote taji2906 4-9-2023 10:57 AM
dulu ada dia meniaga kat pasar pagi area cheras, hulu langat. jual kuih2. bapak aku beli kuih bahulu dia. sedap jugak air tangan mak jah ni. bapak aku cakap beli kat makcik hantu tu la. selalu jadi hantu tu. muka dia kan macam hantu. hahha

dan kenangan masa zaman telemovie vcd zaman study. mak jah ni berlakon jadi hantu apa ntah. nama watak dia mak wok. budak2 asrama penakut da tengok lakonan dia. g toilet je sebut takut terjumpa mak wok. hahha
Quote Dolmat 4-9-2023 11:56 AM
Mak Jah behaved, Mak Wan misbehaved..

Semoga sihat sediakala...
Quote babelina 4-9-2023 12:50 PM
Ya Allah.. moga mak jah sentiasa berkecukupan.. amin yra..
syg mak jah.. suka sgt lakonan mak jah..
Quote nano 4-9-2023 12:56 PM
semoga dimudahkan dan dimurahkan urusan kesihatan dan rezeki mak jah.
Quote Prickford 4-9-2023 01:05 PM
Tengok rupa Mak Jah, teringat rupa iras2 Karim Latiff
karim latiff.jpg


Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.104079 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top