Selebriti Zizan Razak berharap agar pengguna media sosial bertindak bijak agar tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya untuk tujuan penipuan.
Kata Zizan, dia tidak teragak-agak untuk menambil tindakan terhadap pihak yang menjejaskan nama baiknya. "Berkenaan dengan posting dibuat oleh peniaga yang saya tidak tahu siapa, yang betul-betul menipu menggunakan nama dan muka saya, memang saya terkejut. "Saya rasa agak sedih dengan sifat sebegini. Kalau ikutkan sudut kebenaran atau keizinan saya, memang tak ada dan boleh jatuh kepada haram kalau buat kerja seperti ini. "Saya memang tidak pernah terlibat dengan penjualan jam dan saya harap sangat rakyat Malaysia jangan terpedaya dengan mereka yang saya rasa disifatkan sebagai scammer. "Saya juga bercakap dengan pihak peguam saya berkenaan dengan hal ini tapi tak mengapa.
"Pada saya untuk tindakan pertama mubgkin saya war-warkan sebegini kepada mereka. Kalau teruskan juga jual mungkin tindakan akan diambil," katanya. Dalam pada itu, Zizan turut menasihatkan agar peniaga mencari rezeki dengan cara halal dan tidak menggunakan nama atau wajah orang lain tana izin individu yang terlibat. "Jadi, nasihat saya kepada mereka yang terlibat atau niat nak menggunakan gambar artis, lebih baik tidak. "Sebab apa sahaja yang kita buat adalah atas izin Allah. "Apatah lagi kalau cari rezeki yang halal atau siapa-siapa sahajalah yang kita mahu gunakan gambar mereka. "Kalau tak mampu bayar pun minta izin, kalau tak boleh pun guna cara sendiri sebab rezeki itu luas. Kadang dengan apa cara atau tidak menggunakan artis pun ramai yang berjaya. "Itu nasihat saya, apa-apa pun bukan dengan cara yang begitu kalau kita nak meniaga. Yang baik adalah kita tanya Allah, doa dan berusaha. Insya-Allah," kata Zizan. Terdahulu, sebuah hantaran di Facebook mempromosikan jam tangan digital dengan menggunakan nama dan foto Zizan mencetuskan kekeliruan pengguna maya. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT