CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aeril Zafrel Dah Setahun Tolak Tawaran Berlakon, Sibuk Urus Perniagaan

3-9-2023 06:13 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3850| Komen: 20

Pelakon yang juga seorang usahawan, Aeril Zafrel mengakui sudah setahun menolak tawaran berlakon kerana ingin memberikan tumpuan kepada perniagaan yang semakin berkembang.

Aeril yang juga aktif di aplikasi TikTok berkata, dia memikul tanggungjawab berat kerana perniagaannya kini mempunyai 40 orang kakitangan.



"Bila dah sibuk dengan perniagaan dan jadi TikTokers sepenuh masa, rindu pada bidang lakonan itu ada.

"Tapi, apabila mengenang semula tanggungjawab yang perlu diberi perhatian, saya kena dahulukan mana yang penting.

"Saya sudah ada 40 orang kakitangan dalam bidang perniagaan. Jadi, satu kerumitan juga kalau saya tinggalkan mereka untuk fokus dengan perkara lain," katanya.


Walaupun sudah lama tidak berlakon namun suami kepada Wawa Zainal itu tidak akan bersara dari dunia lakonan walaupun sudah menceburi pelbagai bidang lain.

"Kejayaan saya pada hari ini bermula dengan kerjaya lakonan. Jadi, saya tidak mahu meninggalkan 'asas' saya.

"Walaupun saya sudah berada pada satu tahap berbeza suatu hari nanti, saya akan tetap buat bidang lakonan," katanya.

Oleh itu, Aeril bersikap lebih selektif sebelum menerima tawaran lakonan agar ia berbaloi serta tidak mengganggu urusan perniagaannya.


"Sekarang saya lebih melihat pada karya dan dengan siapa saya akan bekerjasama. Jadi, terpulanglah kepada saya mahu buat ataupun tidak.

"Bila sudah sampai satu tahap, saya hanya mahu dikelilingi dengan orang-orang yang kita selesa," kata Aeril.


Sumber: Gempak 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 3-9-2023 08:05 AM
Mmg betul bis berjaya ke.. aku tgk org yg buat bis ramai ngeluh.. aku yg jual brg kat shoppe pun senduriaaaaa.. baguslaa kalo bis ko meletup letup.. doakan bis aku letup letup plk..
Quote Hoshhi 3-9-2023 08:19 AM
Ko berlakon pun bukan best. Tak payah berlakon pun takpe. Bersara pun okay jugak
Quote lanacondor 3-9-2023 12:24 PM
Edited by lanacondor at 3-9-2023 03:12 PM
Buritan: Mmg betul bis berjaya ke.. aku ...
adik meolz join heols pny ejen ni. Byr rm30 sekali je. Mula2 jd ejen dorg suruh jual 10 batang lipstick hg rm30 dlm ms 2 or 3 hari.. then siapa yg berjaya jual dia akan masukkan korg kt group lain. Yg xdpt jual dia biakan je korg kt group situ smpi korg paham2 sdri la left group. Sb xkan ada update Dr dorg lg. Begitu la seterusnya.. semua yg kaya2 ni mostly bt bisnes ejen camni la. Kaya buta2 amek duit ejen
Quote Buritan 3-9-2023 12:45 PM
lanacondor: adik meolz join heols pny ejen ...


Sblm ko masuk akan dihighlightkan nak bantu mulayuuu aaa gittew
Quote Ahriman 3-9-2023 01:55 PM
lanacondor replied at 3-9-2023 12:24 PM
adik meolz join heols pny ejen ni. Byr rm30 sekali je. Mula2 jd ejen dorg suruh jual 10 batang lips ...


persoalannya adek chuols dpt ke jual 10 lipstick dlm 3 hari?
Quote Lapislazuli2912 3-9-2023 02:09 PM
lanacondor replied at 3-9-2023 12:24 PM
adik meolz join heols pny ejen ni. Byr rm30 sekali je. Mula2 jd ejen dorg suruh jual 10 batang lips ...

Ko ingat ko Maybelline ke wawa oii nak jual 10 lipstick 3 hari
Quote lanacondor 3-9-2023 02:32 PM
Edited by lanacondor at 3-9-2023 03:24 PM
Ahriman replied at 3-9-2023 01:55 PM
persoalannya adek chuols dpt ke jual 10 lipstick dlm 3 hari?


Xdpt la chuolz.. meols Pon lebih rela beli Maybelline pny lipstick Ms tu. Jd di tglkn terusla di group tu xde update apa2.

Sblm ada yg ckp fitnah ye. Lipstick yg kne jual tu lipstick lollipop Wawa zainal. Tgk sdri brp hg jual.
Quote lanacondor 3-9-2023 02:34 PM
Buritan replied at 3-9-2023 12:45 PM
Sblm ko masuk akan dihighlightkan nak bantu mulayuuu aaa gittew

Begitu la modus operandi nya.. yg ada bt sistem ejen2 ni. Tudung ke inai ke sma je
Quote weezerfan 3-9-2023 02:37 PM
Perniagaan cuci duit ka?
Quote miss_perfect 3-9-2023 02:55 PM
Hoshhi replied at 3-9-2023 08:19 AM
Ko berlakon pun bukan best. Tak payah berlakon pun takpe. Bersara pun okay jugak

Setuju. Takde pun lakonan dia yang memorable.
Quote Buritan 3-9-2023 03:12 PM
lanacondor replied at 3-9-2023 02:34 PM
Begitu la modus operandi nya.. yg ada bt sistem ejen2 ni. Tudung ke inai ke sma je

Sian kita kannn.. baru nak merasa meniaga.. pas tuu kena tipu.. pas tuu tonggang agama tonggang kaum tonggang miskin kayaa..
Quote lanacondor 3-9-2023 03:18 PM
Buritan replied at 3-9-2023 03:12 PM
Sian kita kannn.. baru nak merasa meniaga.. pas tuu kena tipu.. pas tuu tonggang agama tonggang ka ...

Gitu jela ulang.. kalau ko bising sikit nt kne kritik. Ni la dia dengki xboleh tgk org sng. Bkn xleh tgk ko sng tp sistem tu kaji la elok2.
Quote Buritan 3-9-2023 04:47 PM
lanacondor replied at 3-9-2023 03:18 PM
Gitu jela ulang.. kalau ko bising sikit nt kne kritik. Ni la dia dengki xboleh tgk org sng. Bkn xl ...

Mcm tu laa sis oiii.. aku dah terkena dgn si alip pondan tuu dulu.. nyosal den
Quote Nham22 3-9-2023 05:00 PM
Jadi agen payahla.. Kene maintain stok setiap bulan.. Erti kate kene extra rajinla... Abeskan stok... And amik stok semula... Kalau product org carik mmg masyukk..
Kalau product sendurina mmg lame2x sendirik maleh
Quote virgocircus 3-9-2023 06:05 PM
lanacondor replied at 3-9-2023 12:24 PM
adik meolz join heols pny ejen ni. Byr rm30 sekali je. Mula2 jd ejen dorg suruh jual 10 batang lips ...

Gitulah dorg buat duit ..ponder x simpan stock. Yg simpan stock berkoyan2 ejen n stokis... Yg nak pulun jual habis habisan dorang ni.. ponder sedap2 g jalan sana sini, beli kete mewah bagai... sigh!
Quote cikatilia 4-9-2023 10:01 AM
miss_perfect: Setuju. Takde pun lakonan dia yang memorable.

aku ingat 1 dia berlakon mcm telefilem cctv.
pasal cerita ni 1 lagi kalau betul2 best org boleh tgk ulang2 kali mcm citer mamat khalid.
citer dia berlakon mmg 1 kali aje tgk. tu pon kalau tgk la kan.
Quote doubleA 4-9-2023 10:16 AM
Ni la beza bisnes org berilmu kerolaming vs retis tekan agen
Quote bulalof 4-9-2023 10:26 AM
korang jugak la yg yakin sgt barang2 beliau. yg sakan berduit beliau.
Quote Buritan 5-9-2023 09:08 AM
virgocircus replied at 3-9-2023 06:05 PM
Gitulah dorg buat duit ..ponder x simpan stock. Yg simpan stock berkoyan2 ejen n stokis... Yg nak  ...

Gitulaa dumiaa.. yg kaya terusss pijak yg semikin....

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.108723 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top