CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Dilayan Buruk Artis Lelaki, Hairul Azreen Tak Tergamak Tolak Peminat Ajak Bergambar

2-9-2023 10:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5404| Komen: 26

Pelakon Hairul Azreen mendedahkan pernah berdepan kejadian memalukan apabila ditolak oleh seorang artis ketika dia mengajaknya bergambar sebelum dia bergelar selebriti.

Mengimbau insiden itu, Hairul atau Hairul Azreen Idris, 34, berkata, foto yang diambil bersama artis lelaki berkenaan tidak jelas sebelum permintaan mengambil semula gambar bersama ditolak.



"Ada seorang artis ini, masa itu saya pakai telefon 6600 (Nokia). Saya cakap dengan dia nak begambar... Telefon itu pula jenis kalau ambil foto kena tunggu tiga saat.

"Individu yang tolong ambil gambar kami pun tak peka dan rakam terlalu cepat sampai gambar kami jadi blur.

"Jadi saya minta izin pada artis itu untuk mengambil sekali lagi gambar kami... Dia tolak saya," katanya.


Hairul berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu program Sembang Studio bersama pelakon Amelia Henderson.

Susulan insiden itu, Hairul berazam jika dia bergelar artis, dia tidak akan pernah menolak permintaan peminat yang ingin bergambar dengannya.

"Ini cerita betul... Dia tolak saya dan hati saya hancur kerana idola saya berkelakuan seperti itu.

"Saya terus berniat, kalau saya jadi artis, saya tidak akan pernah menolak permintaan peminat," ujarnya.

Dalam pada itu, Hairul yang enggan menyebut identiti sebenar lelaki itu berkata, artis tersebut kini cuba berbuat baik kepadanya selepas melihat dia berjaya menerusi filem-filem lakonannya.

Kata Hairul, artis tersebut mungkin tidak mengingati insiden memalukan itu namun ia terpahat dihatinya sehingga ke hari ini.


"Dia tak tahu yang saya ingat sampai sekarang dan saya pun tak pernah bercakap dengan dia (tentang insiden itu)... Sampai hari ini pun saya tak sebut nama dia.

"Tapi apabila bertemu dan saya tengok dia, tidaklah saya beritahu dia pernah tolak saya... Tapi sekarang dia yang tegur saya," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 2-9-2023 10:45 PM
nokia sabun...
atleast pelakon tu bagi juga peluang snap gambar sekali...
kalau bg byk kali kang orang lain pun mintak snap banyak kali... tak balik la heolss
Quote bedahmenjuyah 2-9-2023 10:53 PM
Tapi aku tak teringin nak bergamba dgn kau kekdahnya.
Quote slyfynx 2-9-2023 11:22 PM
Kate x nk berlakon dah
Quote codenamedream 2-9-2023 11:29 PM
Ntahlah kekrul.. Meols tak pernah minta bergambar dengan retis. Fattah Amin pun meols ignore je. Nanti dorang yg nampak macam marhaen bila bergambar dengan meols.


Quote zuriey 3-9-2023 12:04 AM
Babinyehhh story ko ni
Quote Nurdianah 3-9-2023 02:40 AM
Siti tersohor pun akak tak serbu jumpa kat KLCC ni kan pulak ko
Quote Kentot_Wangi 3-9-2023 09:25 AM
Dgn ella pun ak x bergambo... Apatah lagi ko. Hahaha... Abg pahrin tu pn selisih bahu je. Ak jeling je tgk dy. Cm ak pulak diva. Haaa ghituuu [em:3:]
Quote doubleharmonic 3-9-2023 11:40 AM
ko diam la babi
Quote KirazMevsimi 3-9-2023 12:22 PM
codenamedream: Ntahlah kekrul.. Meols tak per ...
ahahahahahaha .....
Quote shida81 3-9-2023 12:33 PM
Hadap la nk amik gambo ngn artis...
Laki ak la salah satu.. Ngn japar on pun jd
Quote She-Ra 3-9-2023 12:35 PM
Edited by She-Ra at 3-9-2023 12:36 PM

iols suka je bergamba dgn retis tp tgk pd keadaan jgk la dan kalau dh pernah bergamba, takde la cubaan gigih utk bergamba lg tp retis tu pulak yg panggil kita utk bergamba

iols penah jumpa dia kt concorde kl, masatu  baru abis show wings kt HRC
nak ambik grab.. pegi la tunggu dpn hotel, senang grab pickup
tgh tunggu tu, ternampak dia.. dia duk pandang2 kita.. iols pulak mcm blur sambil berkata dlm hati "ehhhh siapa dia ni ekk.. muka familiar".. bila dia mai dkt, iols ajak jela bergamba tp masih blur tak tau siapa nama.. siap gamba, bg gamba kt kwn & tanya siapa nama retis tu

dlm HRC jumpa beto dgn azhan rani.. dpt la bergamba dgn dorg
dorg fans berat wings jgk

tp kalau terserempak retis kt luar ni, takde la iols gigih panggil nk bergamba pun kalau ambik gamba pun, takde la telek gamba ok tidak.. blur pun sekian jela hahahhaa
Quote cmf_premierleag 3-9-2023 01:11 PM
Ni citer awal 2000s dulu la
Retis yg nak bergambar dgn aku ialah Jeslona Hashim..ms tu kt klcc..jes siap ckp kt aku, "tggu jes nak nyanyi dulu ya." .....aku pandang kawan aku, weols duk gelak2 sbb aku x offer diri pun nk bergambo dgn dia ke hapa..sbb aku cuma berdiri je tepi eskalator ms tu
Tp last2 aku pi gak la bergambo dgn dia...ada la memori bodoh bleh gelak2 dgn member bila teringat blk cite ni
Quote emera 3-9-2023 01:16 PM
Edited by emera at 3-9-2023 01:19 PM

Hakak bergambo dgn A lister holiwud jahhh… pernah hakak jumpa sorg, mmg hakak ajak ambik gambar.. heols layankan sajork… senyum manis jah ekekekek… tp bila hakak lalu depan fazurah kat hotel sekali tu, hakak flip tudung sajo.. hakak lagik diva dr sheols. Seleb malaya tak menarikssss…
Quote AbukRokok 3-9-2023 02:47 PM
semoga lepas ni duk diam2 lah lepas jkoin deepstate clan
Quote sailormars 3-9-2023 05:34 PM
Edited by sailormars at 3-9-2023 05:37 PM

Artis bernombor masa dia kawen kaka pandang sebelah mata je ketika kaka dipaksa jd pengiring dia...
Quote Pak.dolla 3-9-2023 06:00 PM
mcm muka bini jah...tp dia ni tinggi....bini jah pendek kan?
Quote Rogue98 3-9-2023 06:51 PM
Kemaruk nak bergambar dgn artis punye pasal tapi pic tak clear sbb sendiri pakai fon chokia...sampai bertahun2 dia dendam.
Kata nak bersara... duk diam2 jer lah...
Quote lovelytouch 3-9-2023 07:29 PM
Sebab dia melayan kauu??? Dan sebab org nak amik gambar dgn kau???
Quote love_warrior 3-9-2023 07:34 PM
Lega dh tak asyik² muka dia dlm film Adrian Teh

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.098964 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top