Penyanyi Iman Troye akui tidak kisah apabila ada segelintir netizen yang menyamakan wajahnya dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida. Iman berkata dia secara peribadi melihat wajahnya dan usahawan tersebut adalah berbeza. Bagaimapun dia bersikap terbuka dan menerima baik pendapat orang ramai mengenai perkara itu.
"Oh mama (panggilan Vida) saya. Memang saya perasan ramai yang kata muka saya dan dia sama. "Saya sendiri tidak lihat wajah kami tidak sama, tapi kalau orang lain nampak sama itu terserah. Sebab mata orang berbeza-beza. Saya terima sahaja pendapat orang," katanya. Dalam pada itu, pelantun lagu Teman itu turut memuji peribadi usahawan tersebut yang disifatkan sangat peramah. "Kadang-kadang saya jumpa dia pun kami saling bertegur dan mesra. Dia baik sangat-sangat dan peramah. "Tidak kisah pun orang samakan wajah kami. Kalau mama Vida comel, saya comel jugalah," katanya lagi. Sementara itu, ditanya bahagian manakah yang dirasakan sama dengan wajah Vida, Iman berseloroh menjawab di bahagian bibir. Sumber: Oh Bulan
|
sharlenetexas replied at 2-9-2023 09:32 PM
Adakah leluhur sama?
ADVERTISEMENT