CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Doktor Nasihat Ebby Yus Jalani Prosedur Pemasangan Bateri Pada Jantung

2-9-2023 03:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1569| Komen: 1

"Kalau nak cakap duit saya sudah mencukupi tak tahu bila nak cukup tapi saya cuba kumpul sedikit demi sedikit," kata pelawak dan pelakon Ebby Yus yang dikatakan menghadapi kesulitan hidup susulan keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan ketika ini.


Ebby, 58, atau milik nama Muhammad Yunus Abdul Rashid ketika dihubungi Harian Metro bagaimanapun menjelaskan, setakat ini dia masih dapat meneruskan kehidupan dengan baik walaupun kudratnya sudah tidak sekuat dulu.


"Setakat hari ini semuanya baik-baik saja tapi tak tahu pada masa akan datang. Mudah-mudahan saya diberikan kesihatan yang baik.

"Saya tak berani nak cakap lebih sebab kekangan-kekangan (masalah kewangan) itu ada tapi Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan.

"Jujurnya kalau nak sebut fasal komitmen bulanan memang banyak tapi saya akan cuba perlahan-lahan dan menerima tawaran yang bersesuaian dengan tahap kesihatan saya sekarang.


"Alhamdulillah tawaran kerja ada cuma kemampuan saya agak terhad terutama membabitkan kawasan 'outdoor' kerana saya menghadapi masalah silau hingga boleh menyebabkan masalah pening dan pitam, lebih-lebih lagi jika cuaca panas tapi untuk kerja di studio tiada masalah," katanya.

Menurut Ebby, walaupun kesihatannya menunjukkan perubahan positif, namun doktor ada menasihatkannya untuk menjalani prosedur pemasangan bateri pada jantung.

"Kalau nak dibandingkan dengan sebelum ini, Alhamdulillah sekarang lebih nampak perubahannya selepas mendapatkan pelbagai rawatan.

"Tapi kalau mengikut doktor mengenai masalah jantung saya ini, dia menasihatkan untuk memasang bateri sebab berada dalam keadaan lemah. Kemudian mata pun perlu menjalani pembedahan dan masalah buah pinggang pun kalau tidak dijaga akan mendatangkan risiko.

"Apapun saya berterima kasih kepada pihak yang sentiasa mengambil berat dan mendoakan kesihatan saya. Jangan risau mengenai saya, mudah-mudahan semuanya okey," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 2-9-2023 03:45 PM
Semoga Allah mudahkn urusan ye pak yus..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.064147 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top