CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Scammer Licik Seiring Teknologi - Fahmi

2-9-2023 03:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1545| Komen: 10

Kuching: Orang ramai perlu mengubah sikap dengan tidak mudah panik apabila menerima panggilan telefon atau sebarang maklumat menerusi media sosial yang dihantar individu tidak dikenali.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, penjenayah siber atau scammer kini semakin licik dalam menjalankan kegiatan apabila mengambil peluang atas kemajuan teknologi untuk memperdaya mangsa.


Justeru katanya, orang ramai perlu lebih berwaspada dengan tidak mudah mempercayai sesuatu maklumat yang mencurigakan.


"Tidak apa jika kita lebih skeptikal dengan setiap maklumat yang diterima.

"Hanya langkah berhati-hati itulah cara terbaik untuk mengelak menjadi mangsa penipuan dalam talian," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perasmian Jelajah Anti-Sam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak yang disempurnakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg di Auditorium Muzium Kebudayaan Borneo, di sini, hari ini.


Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia , Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Dan Digital Malaysia (KKD), Datuk Mohammad Fauzi Md Isa.

Fahmi berkata, jelajah anti-scam itu diharap memberikan kesedaran menjadi satu pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berwaspada kerana penjenayah siber sentiasa mencari peluang untuk memperdayakan mangsa.

"Evolusi teknologi digital yang berkembang pesat membawa banyak faedah dan manfaat kepada semua, namun, penggunaan dan kebergantungan dengan teknologi turut mendedahkan kita semua kepada pelbagai risiko ancaman dan serangan siber.

"Walaupun pelbagai langkah diambil kerajaan untuk menanganinya, ia masih tidak dapat menjamin 100 peratus keselamatan semasa menggunakan teknologi dan internet, justeru langkah terbaik ialah setiap individu hari sentiasa berhati-hati," katanya.

Menurutnya lagi, bagi mengekang jenayah scam dan penipuan dalam talian, kerajaan menubuhkan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) Oktober lalu sebagai pusat panggilan yang terima panggilan serta menyekat pengaliran wang mangsa.

"Sejak pengoperasian NSRC, kita berjaya mengekang pengaliran lebih RM30 juta wang mangsa," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 2-9-2023 03:04 PM
Bukan licik sebab teknologi jer,tapi licik suap penguasa sampai kenyang.
Quote jfq 2-9-2023 03:05 PM
Preventive satu hal la
Dari segi perundangan apa tindakan yg authority kena buat.
Details bank scammer smua dah bagi
Berapa ramai yg dah dikenakan tindakan
What is the statistics
Quote ultra78 2-9-2023 06:43 PM
Kenapa banyak sangat spam dalam forum cari?
Quote arnauld 2-9-2023 07:07 PM
Politician jer tak licik seiring teknologi...
Quote CiliPadiSedap 2-9-2023 07:16 PM
Belibis replied at 2-9-2023 03:04 PM
Bukan licik sebab teknologi jer,tapi licik suap penguasa sampai kenyang.

setuju sis. takkan tak dapat tangkap mastermind?
Quote green~tea 2-9-2023 07:18 PM
Belibis replied at 2-9-2023 03:04 PM
Bukan licik sebab teknologi jer,tapi licik suap penguasa sampai kenyang.

Semoga kita semua tak terjebak makan benda2 haram neh
Quote green~tea 2-9-2023 07:19 PM
ultra78 replied at 2-9-2023 06:43 PM
Kenapa banyak sangat spam dalam forum cari?

Cari caprut takde budget bayar IT maintenance
Quote nazzse 2-9-2023 07:33 PM
Dia ni orang komplen dkt ig dia terus officer call org tu.. nampak nau insecure
Quote isseliparjepun 2-9-2023 08:30 PM
Berapa lama dah pasal scammer ni, bertahun tahun sampai sekarang tak dapat tangkap langsung, aje pelik. Lepas tu maklumat perbankan, nombor telefon semua pihak scammer ada. Yang orang dalam pun sama, dapat tau ada sekian sekian nak pencen habis jual maklumat orang tu. Dapat la percent nya ya dak.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056183 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top