Seremban: Mereka menjadikan premis rumah kedai di Jalan Dato' Bandar Tunggal, di sini, seperti di tempat asal mereka dengan menjual sayur dan buah-buahan di kaki lima. Malah, warga asing dari Bangladesh yang menguasai deretan kedai di lokasi itu lebih berani apabila turut membuka warung menjual makanan dari negara mereka di hadapan kedai.
Susulan itu, peniaga warga asing yang berniaga di kaki lima terbabit diserbu Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kelmarin susulan tular satu video yang memaparkan tindakan warga asing berkenaan. Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S Veerapan berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan MBS antara 8 hingga 9.15 malam kelmarin hasil aduan orang awam.
"Pasukan serbuan yang turut disertai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKKNS) memeriksa dua premis berkenaan yang diuruskan warga asing. "Mereka didapati melakukan kesalahan menjalankan barangan basah yang diletakkan di kaki lima di bawah Undang-undang Kecil Penjaja MBS 1981," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Veerapan berkata, siasatan mendapati premis berkenaan memiliki lesen perniagaan runcit dari pihak majlis (MBS) milik rakyat tempatan. katanya, sitaan dilakukan ke atas kedua-dua premis terbabit kerana menjual barangan di kaki lima tanpa kebenaran pihak berkuasa. "Kesemua barang sitaan disimpan di Setor Penyimpanan MBS di Jalan Labu, Seremban untuk tindakan lanjut," katanya. Terdahulu tular rakaman video memaparkan beberapa warga asing berniaga sayur-sayuran di kaki lima premis di sekitar Seremban di sini. Sumber: Harian Metro
|
JunkMail replied at 2-9-2023 11:40 AM
Oh teringat pulak video abangla aku tengok semalam dok membabi pukimak kan org Malaysia... Mereka la ...
JunkMail: Oh teringat pulak video abangl ...
lanacondor replied at 2-9-2023 01:14 PM
So apa tindakan yg akan di kenakan pada warganegara yg jual lesen perniagaan pada warga asing?ambik ...
makita replied at 2-9-2023 12:02 PM
Ala majlis bandaran lembab. Kdai ni di jalan utama bandar seremban. Mustahil tak pasan kedai ni seba ...
makita: Ala majlis bandaran lembab. Kd ...
capwayang replied at 2-9-2023 12:34 PM
..depa ni semua kan bakal pemilik ic merah. Tak lama lagi all the females pulak nak datang sebagai p ...
ADVERTISEMENT