CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Semua Saya Boleh Nyanyi’ - Azharina Sudah Serah 213 Senarai Lagu Untuk GV

2-9-2023 11:01 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5369| Komen: 68

Description: Penyanyi Azharina mendedahkan dia sudah menyerahkan sebanyak 213 senarai lagu kepada pihak produksi untuk dinyanyikan di pentas All Stars Gegar Vaganza.Ketika ditemui OhBulan!, Azharina berkata pada a ...
Penyanyi Azharina mendedahkan dia sudah menyerahkan sebanyak 213 senarai lagu kepada pihak produksi untuk dinyanyikan di pentas All Stars Gegar Vaganza.

Ketika ditemui OhBulan!, Azharina berkata pada awalnya dia hampir menyenaraikan sebanyak 250 lagu, namun telah ditapis.


Malah, jelas Azharina, semua 213 lagu tersebut dia mampu untuk menyanyikannya.



"Jujur ikhlas, saya sudah lock 213 lagu. Kalau saya tidak kawal hampir cecah 250 lagu yang saya ingin berikan kepada pihak produksi.

"Itu pun selepas ditapis dan tolak beberapa lagu. Semua 213 itu semua saya boleh nyanyi," katanya.

Azharina berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di DADI Cinema, pada Selasa.

Dalam masa sama, pelantun lagu Elegi Sepi akui berdebar apabila orang ramai mula meletakkan harapan yang tinggi kepadanya.



"Mestilah saya rasa tekanan itu ada. Sebab bila orang letak satu harapan yang tinggi pada saya, automatik saya akan pressure.

"Dalam hidup sudah pasti ada naik turunnya, pada dalam pertandingan jangan sesekali rasa turun atau jatuh.

"Saya bersyukur bila ada orang letakkan harapan yang tinggi, namun dalam masa sama takut juga dengan diri sendiri. Saya kena berusaha sehabis baik," kata Azharina

Terdahulu, Azharina antara 10 nama bintang yang diumumkan bakal beraksi di All Stars Gegar Vaganza yang bakal bermula pada 24 September ini.

Selain Azharina, turut berentap ialah Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Noryn Aziz, Aishah, Cliff Umar, Hardy Mirza, Naqiu, Aliff Aziz, Jaclyn Victor dan lima lagi nama bakal diumumkan kelak.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 2-9-2023 11:04 AM
fuyoooooooo
Quote bottompro 2-9-2023 01:18 PM
Agicu acik over prepare.
Quote fadz84 2-9-2023 01:41 PM
Calon top 3 ni.. Vokal mantap.. calon terkeluar awal mesti Ayai, ctnana pun biasa2 je..
Quote Rachel_Green 2-9-2023 01:48 PM
kelassss ko kak..tak sabar nak tengok
Quote refleCtion 2-9-2023 01:55 PM
dia ni sejenis yakin yaaa walaupun kadang2 high note mcm kena cekik.... apapun ko blh menang kak asal kurangkan adlib merapuu... satu lg microphone bling2 tu x payah la
Quote Perawankota 2-9-2023 02:10 PM
Memang semua ko boleh nyanyi.. Antara sedap dgn tak tak sedap kt telinga kitrg jer lah
Quote makneng 2-9-2023 02:14 PM
K k



Quote AWEKSAMURAI 2-9-2023 02:21 PM
fadz84 replied at 2-9-2023 01:41 PM
Calon top 3 ni.. Vokal mantap.. calon terkeluar awal mesti Ayai, ctnana pun biasa2 je..

Cliff Umar calon first tersingkir lepas tu bru Ayai .. next tu Aliff ajiz kalau tok pinas x selamatkn beliau hahaha... Takut tok pinaz merembes dgn abg hardy mirza plak ....alip terkeluar pun xpe hahah
Quote AWEKSAMURAI 2-9-2023 02:22 PM
Perawankota replied at 2-9-2023 02:10 PM
Memang semua ko boleh nyanyi.. Antara sedap dgn tak tak sedap kt telinga kitrg jer lah

Telinga kitaorg x penting yg penting telinga JURI2 hahaha
Quote Duta lover 2-9-2023 02:26 PM
Aku kurang minat tone suara dia ni. Huhu macam kasar.
Quote miracle_forever 2-9-2023 02:29 PM
overconfident chuols! hakikatnya style nyanyian sheols sgt lah skala nguapan 9 (10 being )
Quote stingergrumpy 2-9-2023 02:29 PM
Kalo nak sebut nyanyi...nenek aku yg 93 tahun this Yr pun boleh sebut...tapi nak sebut ikut original key ...ada beran?

Sekian
Quote bottompro 2-9-2023 02:30 PM
Emm. Bukan ke tok kacang ni geng nippon pain? Mana mahu merembes dgn jejantanz
Quote bottompro 2-9-2023 02:31 PM
AWEKSAMURAI replied at 2-9-2023 02:21 PM
Cliff Umar calon first tersingkir lepas tu bru Ayai .. next tu Aliff ajiz kalau tok pinas x selama ...

Emm. Bukan ke tok kacang ni geng nippon pain? Mana mahu merembes dgn jejantanz
Quote AWEKSAMURAI 2-9-2023 02:36 PM
bottompro replied at 2-9-2023 02:31 PM
Emm. Bukan ke tok kacang ni geng nippon pain? Mana mahu merembes dgn jejantanz

Hahahahahahah mana tau dh dpt hidayah
Quote cikperiukkera 2-9-2023 03:14 PM
Yakinnya kamu sis…
Quote esprito193 2-9-2023 03:21 PM
Edited by esprito193 at 2-9-2023 03:22 PM

walau diakui beliau antara yg bagus, tapi aura tu tak ada langsung dekk. aku lebih rela pemenang GV 10 ialah diantara peserta hotseat ( nikki @ suki maybe). atau setidaknya jaclyn victor b2b
Quote Suchi 2-9-2023 03:38 PM
Sapa ramai yg letak harapan tinggi tu?

Quote cicicumel 2-9-2023 03:41 PM
Bosan la dia ni. Masuk pertandingan 100x pon  menten sendu.. Balik2 nyanyi lagu Alergik Sepi.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.271709 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top