Kluang: Kegembiraan empat beradik bermandi-manda di jeram asli Ulu Benut, Simpang Renggam di sini, semalam, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas. Dalam kejadian 6.30 petang itu, Ahmad Ehsan Nor Hisyamuddin, 11, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Renggam.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa ke jeram itu bersama kakaknya Nor Najihah Nor Hisyamuddin, 18, dan dua lagi adik-beradiknya. "Lima minit selepas tiba di situ dan bermandi-manda, mangsa menjerit meminta tolong akibat lemas sebelum diselamatkan. "Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Simpang Renggam dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini. Katanya, dua lagi adik-beradik mangsa iaitu Islah, 15, dan Ahmad Fahim, 8, selamat. "Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.
Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT