CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Kaki Angkara Jerangkap Samar

2-9-2023 10:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1640| Komen: 5

Ipoh: "Saya masih bangga walaupun hilang kaki sehingga paras buku lali akibat jerangkap samar. Masih terngiang-ngiang memori itu walaupun sudah bersara 32 tahun lalu sebagai tentera," kata bekas anggota Rejimen Gerak Khas Malaysia (RGKM), Sarjan (B) Hassanuddin Abd Karim, 75.


Hassanuddin antara sembilan penerima sumbangan RM1,000 serta sijil penghargaan Wira Negara daripada kerajaan negeri sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Perak yang berlangsung semalam.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan sumbangan dan sijil kepada penerima.


Hassanuddin berkata, penghargaan yang diterima itu adalah suatu yang langsung tidak pernah difikirkannya.

Dia yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 22 tahun bermula 1970 dan bersara pada 1991 berkata, kaki kirinya hilang ketika dalam penugasan Op Echo Foxtrot pada 11 Julai 1978 bagi menjejak kehadiran komunis.


Katanya, kejadian itu berlaku sewaktu isterinya mengandung tujuh bulan anak ketiga mereka dan penugasan itu adalah di Klian Intan, Pengkalan Hulu, Gerik.

"Sangat menyedihkan apabila kaki kiri saya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan lebih serius hingga menyebabkan saya mengalami cacat kekal sebegini," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, satu lagi memori yang masih terpahat adalah apabila dia terselamat ketika dibaling tiga butir bom tangan oleh pengganas komunis dalam Op Gonzales pada April 1974.

"Banyak operasi yang saya jalankan selepas tamat latihan komando antaranya Op Gonzales dalam usaha menjejaki musuh yang mana dalam operasi itu tiga butir bom tangan dilemparkan ke arah saya, namun tidak kena apa-apa kerana ketiga-tiga bom itu tidak meletup.

"Peristiwa itu sungguh mendebarkan dan meninggalkan kesan mendalam hingga kini apatah lagi apabila mengenangkan tiga butir bom tangan yang dilemparkan musuh kepada saya tidak meletup.

"Hanya ada seekor anjing yang mati ketika insiden itu akibat terkena tembakan, selain dari tiga pengganas komunis yang menyerang kami ketika itu berjaya dibunuh," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 2-9-2023 02:58 PM
1k jer?? Patut la baik jadi politician..duit berkepuk kiri kanan..
Quote ankit278 2-9-2023 03:32 PM
I really appreciated
Thank you for sharing your blog its very useful and informational blog for us.

IFDA is the best institute for Graphic design Course in Delhi. We also provide 100% Job Placement and Paid Internship.
<a href="https://ifda.in/graphic-design-course.php"> Best Graphic Design course in Delhi</a>
Quote lanacondor 2-9-2023 07:17 PM
Belibis: 1k jer?? Patut la baik jadi po ...
sedihkan.
Quote Zazama 2-9-2023 11:39 PM
Wajarlah mereka ini diberi penghargaan. Tapi...bantuan kwangan utk mereka harap dapat ditambahkan lagi.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.029803 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top