CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wee Ka Siong Cadang Perkenalkan semula GST

1-9-2023 11:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2243| Komen: 22

Kuala Lumpur: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mencadangkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan pada 2018, diperkenalkan semula dalam Belanjawan 2024.

Itu satu daripada tiga syor yang dikemukakan oleh beliau menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, hari ini.


Mengulas lanjut, beliau memberi alasan bahawa pengenalan semua GST boleh menjadi sumber pendapatan buat kerajaan untuk 'mendanai' inisiatif yang boleh membantu banyak pihak.


"Berkali-kali saya sebut tentang GST. Takkanlah setiap kali kita dalam (pembentangan) bajet, kita (umum) belanja belanja belanja, tetapi tidak ada sumber pendapatan.

"Perkenalkan balik GST. GST pun saya sudah kata lma perkara. Pertama kita boleh ada zero rate (kadar sifar), Kedua, kita masih boleh ada exemption list (senarai pengecualian). Ketiga, kita masih boleh beri pemberian tunai.

"Keempat, kita boleh kurangkan kadar daripada enam peratus kepada empat peratus. Kelima, kita boleh tambah baik mekanisme untuk kita nak pulangkan wang itu. Itu semua telah saya bicarakan," katanya.

Mengenai cadangan kedua, bekas menteri pengangkutan itu mengesyorkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memberi tumpuan terhadap Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang didakwa terkesan dengan pelaksanaan Mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT).

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu mendakwa kumpulan kini dalam keadaan agak terdesak.

"Saya sudah sebutkan bahawa ICPT memberi kesan paling buruk. Kedua kita lihat cuti bersalin yang mana kerajaan tolong turunkan kadar ini kerana mereka perlu menanggung perbelanjaan lebih besar dan kos lebih tinggi.

"Cuti bersalin kalau semata-mata mereka kena tanggung, tak bolehlah. Kerajaan patut fikir macam Singapura. Bantulah majikan," katanya.

Mengulas cadangan tiga, beliau berharap kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan pelepasan cukai untuk individu khususnya golongan M40 dan T20 mengambil kira inflasi.

Kata beliau, dua golongan itu dilayan mereka seperti mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Beri ruang bernafas bagi kumpulan M40 dan T20. Kalau tidak ada disposable income (pendapatan boleh guna), tak ada pendapatan yang lebih, dia tak boleh berbelanja dan perniagaan pun tak berjalan.

"Sebab itu saya minta jangan sekali-sekala tengok. Setiap kali kita cari M40 atau T20, mereka ini bukan mesin ATM. Kita kena tengok balik dan kumpulan ini, kalau mereka dapat belanja lebih sikit, apa kesannya?

"Multiplier effect (kesan berganda). Ia adalah apabila penjual nasi lemak dapat pendapatan tambahan RM100. Dia boleh beli timun, ikan bilis dan bermacam-macam lagi daripada pembekal yang lain.

"Jadi RM100 ini boleh jadi 10 kali ganda sehingga RM1,000. Ini yang kita nak lihat kesan ekonomi kepada setiap lapisan. Jadi saya rayu kepada kerajaan," katanya.

Bagi membantu kerajaan merangka strategi ekonomi, Ka Siong menyarankan supaya merujuk buku bertajuk Model Ekonomi Baharu untuk Malaysia yang diterbitkan pada 2010.

Walaupun 13 tahun sudah berlalu, beliau berkata, terdapat perihal inisiatif strategik dan reformasi (SRI) yang boleh kerajaan jadikan rujukan untuk memakmurkan rakyat dari segi ekonomi.

"Saya rasa banyak perkara yang boleh kita belajar dan ia telah diperihalkan dengan baik. Saya doakan Malaysia ini, kita makmur dan kita masih lagi kuat dari segi ekonomi, bukan seperti mana yang kita mahu lalui iaitu pertumbuhan hanya 2.9 peratus untuk suku tahun yang lalu," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 2-9-2023 12:16 AM
Edited by antikorok at 2-9-2023 12:17 AM

Lim Gong Eng tersenyum sinisss sambil teringat kembali kenangan mengajor murid2 sekolah berjoget2 nyanyi lagu ABCDGST

[youtube]qVQDNRaThb4[/youtube]




Quote Perwira2022 2-9-2023 01:58 AM
Kita tengok adakah PH sanggup ketepikan egonya menjadi anjing yang menjilat GST yg pernah dinajiskan mereka suatu masa dahulu.
Quote CiliPadiSedap 2-9-2023 07:36 AM
Sebab tu najib masih king of economy. Rakyat di hasut untuk buang gst konon gst punca inflasi berlaku

Gst dah dihapuskan rakyat masih hidup susah . Inflasi harga makanan masih tinggi

Jilat ludah semula fitnah gst.. terbukti pm najib razak pm terbaik ekonomi malaysia
Quote CiliPadiSedap 2-9-2023 07:38 AM
Edited by CiliPadiSedap at 2-9-2023 07:39 PM

Saya ulam, 24 jam harga minyak turun?

Arab saudi ada minyak paling banyak pun xberani tabur janji tabur dedak harga minyak turun

Zaman ds najib hubungan dgn arab saudi sangat baik.

[youtube]kf7HSGkK8p0[/youtube]
Quote brego 2-9-2023 09:31 AM
memang itu jer cara nya untuk kasi balance dengan inflasi

guna cara lain, memang mengamok la rakyat nanti

chinkies yg suka lari dari cukai,
juga ada bisnes underground, illegal dan bisnes cuci duit,
konfem susah hati
Quote Solokkk 2-9-2023 04:25 PM
Apa kata geng2 self-claim terpaling educated acah2 terpaling urban?
Quote MissYouSayang 2-9-2023 04:36 PM
Haha....nak tergelak besar aku
Quote green~tea 2-9-2023 04:47 PM
Welcome GST.... Alhamdulillah

This time around.. buat lah implementation plan lek lok...
Quote lanacondor 2-9-2023 04:53 PM
CiliPadiSedap replied at 2-9-2023 07:36 AM
Sebab tu najib masih king of economy. Rakyat di hasut untuk buang gst konon gst punca inflasi berlak ...

Alah akak cili dorg ni mmg dh benak. Tgk je la lynas tu kemain ckp rosakn bumi la.. alih2 keluar tv iklan lynas. Xde tutupnya.. sampai skg rmi je bebal kutuk Najib lagi
Quote CiliPadiSedap 2-9-2023 05:53 PM
brego replied at 2-9-2023 09:31 AM
memang itu jer cara nya untuk kasi balance dengan inflasi

guna cara lain, memang mengamok la rakyat ...

tapi dari sudut sustainable negara gst hanya ubat sementara sebab bantuan subsidi portion besar.

ibarat gali lubang besar untuk kambus lubang besar yang lama. subsidi bersasar bagi kaka elok atas faktor penyeludupan dan warga asing bangla rohingya friska babu  suami orang guna subsidi rakyat malaysia.

subsidi ok tapi patut targeted kepada m40, b40..

kaka rasa dia orang akan rebranding gst kepada nama lain. cm dulu 1 malaysia rebranding madani, banyak benda ds najib mulakan dah tukar nama baru



Quote antikorok 2-9-2023 06:28 PM
Terbukti GST tuh bagos sebenarnya, sbb percukaian yg lebih telus, kalau tak masakan hampir seluruh duniyya guna sistem percukaian VAT/GST walaupun kadar lain2.

Tapi mcm biasa la puak2 yg pitenoh DS Najib mcm2 konon GST akan naikkan harga barang la, byr oneemdeybee la, duwet tuh kak Ros songlap la, dan mcm2 lagik pitenoh puaka yg puak2 tu buat.
Takkan nak jilat kembali ludah berkahak lepas dah hambor ke langit khennn...
Yg menentang GST bising namampos tuh tokey2 besor sebab nak ngelat cukai la khennn
Quote antikorok 2-9-2023 06:29 PM
SST (senyap-senyap tipooo) tersenyum sinisss puaka gaytuhh
Quote jihyomelly 2-9-2023 06:48 PM
saya ulammmmmmm….
Quote ipanimanz1 2-9-2023 07:09 PM
buat gst, jangan duk tmbh pulak cukai lembaga tu. masak nak membayar.
Quote CiliPadiSedap 2-9-2023 07:41 PM
antikorok replied at 2-9-2023 06:29 PM
SST (senyap-senyap tipooo) tersenyum sinisss puaka gaytuhh

puak2 tak pandai ekonomi. sakau 600 billion pun ada percaya. bungalow sanusi rm 7.8 juta pun ada percaya.

last2 dah xpandai urus ekonomi. gst juga nak dilaksanakan oleh pakatan haprak. dulu mereka fitnah gst bayar hutang 1mdb.
Quote CiliPadiSedap 2-9-2023 08:25 PM
lanacondor replied at 2-9-2023 04:53 PM
Alah akak cili dorg ni mmg dh benak. Tgk je la lynas tu kemain ckp rosakn bumi la.. alih2 keluar t ...

sebelum dpt kuasa cakap lain. dapat kuasa spin lain. sebelum dapat kuasa 24 jam harga minyak turun big boys OPEC arab saudi pun xberani tabur janji turun harga minyak. tetiba ada orang berani janji harga minyak turun.  saya ulammmm

sebab tu janji2 ditabur dulu semua tak relevan dan menipu rakyat.contoh tol percuma. dh tu siapa nak tebas lalang tepi highway takkan nak free? letak lembu makan rumput tepi highway jalan berlubang kt highway siapa nak tampal?

rakyat dididik rasuah kalau diperangi rakyat hidup senang lenang semua free. rakyat dulu dihasut turun jalan raya.. realiti non hado. 47 pertuduhan tetap dapat jawatan.




Quote kemaruk 2-9-2023 09:11 PM
CiliPadiSedap replied at 2-9-2023 07:36 AM
Sebab tu najib masih king of economy. Rakyat di hasut untuk buang gst konon gst punca inflasi berlak ...

najib juga PM pertama yang memberi bantuan terus kepada marhein secara besar-besaran tanpa mengikut kaum melalui BR1M dan jenama 1malaysia yang lain

zaman sebelum najib, cuma melayu je yang dapat bantuan
Quote kemaruk 2-9-2023 09:13 PM
CiliPadiSedap replied at 2-9-2023 07:41 PM
puak2 tak pandai ekonomi. sakau 600 billion pun ada percaya. bungalow sanusi rm 7.8 juta pun ada p ...

fitnah GST bayar hutang 1mdb tu okay lagi

yang palingterok, duit GST buat beli henbeg rosmah

siap ada macai dalam forum ni dulu tanya mana pergi duit GST

pastu bangkem jawab la untuk bayar gaji dan perbelanjaan kerajaan yang lain

pastu macai tu tak puas hati dengan jawaban bangkem..
Quote CiliPadiSedap 2-9-2023 09:23 PM
antikorok replied at 2-9-2023 06:29 PM
SST (senyap-senyap tipooo) tersenyum sinisss puaka gaytuhh

hahaha

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.131969 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top