CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adam Lee Tepis Dakwaan Isteri Hamil, Tak Terkejut Dengan Spekulasi

1-9-2023 11:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2304| Komen: 6

Description: Pelakon Adam Lee menepis dakwaan netizen yang mengatakan isterinya yang juga pelakon Sweet Qismina sedang berbadan dua.Adam ketika dihubungi berkata, dia sekadar mampu mengaminkan setiap doa dan berha ...
Pelakon Adam Lee menepis dakwaan netizen yang mengatakan isterinya yang juga pelakon Sweet Qismina sedang berbadan dua. 

Adam ketika dihubungi berkata, dia sekadar mampu mengaminkan setiap doa dan berharap dikurniakan cahaya mata. 



"Apabila orang luar membuat andaian dengan mengatakan sudah nampak bentuk kehamilan isteri, saya tidak terkejut. 

"Mereka boleh buat sebarang spekulasi dan ramai juga yang mendoakan mengenai berita yang tidak sahih ini. 

"Saya cuma boleh mengaminkan setiap doa mereka dan Insya-Allah mana tahu doa mereka diangkat sekali. Doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga,"katanya.

 Biarpun sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga dan belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata, Adam bagaimanapun tidak terkesan dengan khabar angin terbabit.

"Jujurnya tak terkesan pun sebab perkahwinan yang kami cipta bukan untuk tempoh yang singkat tetapi selama-lamanya. 


"Jadi 'mindset' yang kami dah letakkan adalah percaya pada rezeki. Cepat atau lambat Insya-Allah Tuhan tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Kami bersyukur sangat apa yang kami ada,"katanya. 

Terdahulu tular foto Sweet yang dikatakan sedang berbadan dua. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober tahun lalu. 


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 2-9-2023 08:18 AM
Ngaku jer lh
Quote virgocircus 2-9-2023 08:45 AM
Ni mesti kandungan baru 1st trimester tu yg x berani nak mengiakan? Takut jd ape2 kang frust. Anyway kalo betul preggy, congrats chuols.
Quote bottompro 2-9-2023 12:54 PM
Kalau nurtizen cakap wife ko hamil. Aminkan je la noks.
Quote codenamedream 2-9-2023 02:02 PM
bottompro replied at 2-9-2023 12:54 PM
Kalau nurtizen cakap wife ko hamil. Aminkan je la noks.

"Saya cuma boleh mengaminkan setiap doa mereka dan Insya-Allah mana tahu doa mereka diangkat sekali. Doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga,"katanya.
Quote winky1 2-9-2023 02:31 PM
Tak ada komen. Kewujudan yg ada ok tiada pun ok.
Quote KirazMevsimi 3-9-2023 12:20 PM
sweet² mengacara rancangan bintang kecil RTM hari tu, nampak lain perut nya, wajah dan badan nampak sedikit bam². sekali pandang, memang ingat mengandung. takpe deh. tunggu tuan badan bagitau secara rasmi kalau betul

kalau tak betul, insya Allah, moga Allah kurniakan zuriat yang elok² buat mereka

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040039 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top