CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dynas Mokhtar Ajar Anak Untuk Bersuara Untuk Elak Jadi Mangsa Dera

1-9-2023 07:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2053| Komen: 0

Dynas Mokhtar ajar anaknya supaya menyuarakan buah fikiran dan berpendirian tegas demi mengelak menjadi mangsa penderaan.

Dia turut mengakui melakukan penelitian secara menyeluruh sebelum menghantar kesemuanya anaknya ke pusat penjagaan.



Foto: IG

“Saya ambil pendekatan menyemak sekolah dan pusat penjagaan sebelum hantar mereka ke sana. Saya akan tengok dahulu bagaimana suasana, ada kamera disediakan atau tidak kerana semua itu penting.

“Kita kena ajar anak untuk ada pendirian dan bersuara. Jika nak mengadu apa-apa, saya dengar. Mereka boleh bercakap tentang apa sahaja dengan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Mengulas mengenai sikap culas ibu bapa yang meninggalkan anak di dalam kereta berjam-jam lamanya, Dynas merasakan mungkin kejadian seperti itu ada kaitannya dengan kesejahteraan mental.

Jika mental ibu bapa tidak stabil, ia akan memberikan kesan buruk terhadap emosi dan perasaan anak-anak.


“Isu seperti tertinggal anak dalam kereta boleh berlaku mungkin kerana mereka hilang fokus atau sedang dalam keadaan kelam kabut. Perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

“Sebab itu pentingnya untuk ibu bapa ada sistem sokongan yang baik. Jika tahap kesihatan mental kita terganggu, perasaan anak-anak turut tertekan.


“Sekarang ramai kanak-kanak semakin ramai mempunyai masalah kemurungan di Malaysia cuma ibu bapa tidak sedar,” tambahnya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.051136 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top