CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tunang Kahwin Dengan Penyondol- Talha Nak Ambil Tindakan Undang-Undang "Tapi Saya Tak Sekejam Itu Nak Saman Keluarga Dia"

1-9-2023 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7951| Komen: 64

Talha Harith bukan nak buka pekung mana-mana pihak apabila berdepan situasi tunangnya memutuskan hubungan dan memilih untuk berkahwin dengan lelaki lain pada saat akhir.

Talha kecewa apabila tunangnya dikenali sebagai Nur Diyana bernikah dengan lelaki lain dan perkongsian itu menjadi tular di media sosial.




"Saya bukan mahu membuka aib sesiapa. Cuma saya muat naik di Instagram sekadar perkongsian bukan juga bermakna saya tidak 'move on'. Netizen menghakimi ibarat mereka lebih memahami situasi berbanding saya sendiri.

"Selepas tujuh tahun, secara tiba-tiba dia berubah angin dan menjadi dingin. Sedangkan kami tidak bergaduh atau ada sebarang salah faham.

"Dia berubah 180 darjah dan terus meminta putus pada Mei lalu. Cuma saya ingin betulkan pelbagai andaian dibuat, contohnya seperti kami sudah bertunang selama tujuh tahun.


"Itu cuma tempoh perkenalan kami dan tali ikatan pertunangan selama tempoh setahun. Saya cuma berkongsi mengenai diri saya, jika ada yang ingin melatah dan sebagainya, terpulang," katanya kepada Harian Metro.

Selepas mengikat tali pertunangan dengan Talha pada Ogos tahun lalu, Diyana tiba-tiba berubah hati dan kembali memilih lelaki berkenaan untuk dijadikan suami.


Jelas Talha, dia turut berdepan kerugian selepas tunangnya mengambil keputusan memutuskan hubungan dan memilih untuk berkahwin dengan lelaki lain.

Terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas tunangnya itu, Talha bagaimanapun berubah fikiran selepas memikirkan kesan yang bakal diterima keluarga wanita itu.


"Saya ada terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan ganti rugi segala persiapan hantaran dan majlis kahwin.


"Tetapi saya tidak sekejam itu untuk menyaman keluarga mereka. Saya rasa kalau saya ambil tindakan, saya pun dah jadi kejam seperti mereka," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote divalaura 1-9-2023 05:29 PM
lama sangat kau "ikat" dia brader
kau ingat dia anak lembu?

Tak payah lah nak sentap..
Tak payah nak bercakap soal setia ke tidak..
Tanya lah diri kau balik apa sebabnya kau kena tinggal
Quote edayildiz 1-9-2023 05:32 PM
7 thn bertunang..ptt dia beralih arah
Quote msdummy.2018 1-9-2023 05:48 PM
Mohtip betul smpi 7thn bertunang?
Quote bottompro 1-9-2023 05:49 PM
Who are yus?


Quote prizadane 1-9-2023 05:54 PM
edayildiz replied at 1-9-2023 05:32 PM
7 thn bertunang..ptt dia beralih arah

Bukan kenal 7 tahun, tapi bertunang setahun je ke? Ke iols salah baca statement tu
Quote MeowPARSI 1-9-2023 05:55 PM
msdummy.2018 replied at 1-9-2023 05:48 PM
Mohtip betul smpi 7thn bertunang?

Baca kt posting atas tu,, tu abg setahun.. Ke aku yg blur haha
Quote divalaura 1-9-2023 05:55 PM
prizadane replied at 1-9-2023 05:54 PM
Bukan kenal 7 tahun, tapi bertunang setahun je ke? Ke iols salah baca statement tu

yup kenal 7 tahun, tunang setahun..
tapi kat post dia tu ada adik kucai tu komen situasi sebenar.
Memang dah putus tunang pun sebenarnya sebelum kahwin
Quote MeowPARSI 1-9-2023 05:56 PM
BTW,, sapa talha ni ekk,, artis mana Hahaha,, Nmpk sgt aku bebal
Quote msdummy.2018 1-9-2023 05:58 PM
MeowPARSI replied at 1-9-2023 05:55 PM
Baca kt posting atas tu,, tu abg setahun.. Ke aku yg blur haha

Aku yg blur...haha..tq
Quote annehuda 1-9-2023 05:58 PM
"Itu cuma tempoh perkenalan kami dan tali ikatan pertunangan selama tempoh setahun. Saya cuma berkongsi mengenai diri saya, jika ada yang ingin melatah dan sebagainya, terpulang," katanya kepada Harian Metro.


Selepas mengikat tali pertunangan dengan Talha pada Ogos tahun lalu, Diyana tiba-tiba berubah hati dan kembali memilih lelaki berkenaan untuk dijadikan suami.


org kata fasa bertunang ni la fasa yang mencabar. mungkin masa tu memasing dah mula anxious nak mulakan hidup baru.  ataupun mungkin masa dah tunang ni terserlah red flags memasing ke. masa bercinta sumanya indah.  tp iyelah kan ko kenal die 6 tahun, tapi bertunang smpi setahun.  sepatutnye org nk pendekkan pertunangan.  mungkin ex dia rasa die ni tak serius kot btulka nak kawen atau tunang sbb nk tutup mulut org sekeliling je wallahualam
Quote red_velvet 1-9-2023 05:59 PM
divalaura replied at 1-9-2023 05:55 PM
yup kenal 7 tahun, tunang setahun..
tapi kat post dia tu ada adik kucai tu komen situasi sebenar.
...

Putus bulan 5.. bulan 8 nikah dgn org lain...
Quote MeowPARSI 1-9-2023 06:01 PM
msdummy.2018 replied at 1-9-2023 05:58 PM
Aku yg blur...haha..tq

Aku baca balik komen aku,, lg mcm anat,, typo,, ayat BM aku pun x paham,,, haishhh,, aku dh mcm warga emas haahah
Quote sunshinelady 1-9-2023 07:38 PM
it takes 2 to tango. takde nye istilah perampas if yg dirampas tu rela. bukan mcm baju tshirt ke barang2 kat kedai, walau tak rela tetap redha sebab takde kuasa nak reject. ni manusia. ada fikiran & pilihan.
Quote Manusiabesa 1-9-2023 07:39 PM
Talha p la ngorat mimi lana.mimi pun baru break kan.
Quote Suchi 1-9-2023 08:10 PM
divalaura replied at 1-9-2023 05:55 PM
yup kenal 7 tahun, tunang setahun..
tapi kat post dia tu ada adik kucai tu komen situasi sebenar.
...

Tp talhah ada komen putus bulan 6 then pompuan tu kawen bulan 8.
So jarak yg dkt je tu, dia ada kata sblm tu dh penah sound kuchai tu jgn ganggu tunang tu lagi tp yelaa sedangkan bini/laki org pun boleh caras ini kan plak tunang org.
Quote divalaura 1-9-2023 08:13 PM
kat post Talha tu ada adik beradik, kawan2 sekerja yang komen cakap Talha tu problem.
Dah banyak kali tangguh kahwin..
banyak kali palau si Nana tu berbulan2..
kawan tempat kerja banyak menyaksikan Nana menangis dan dalam problem.
Itu je lah apa i baca..
Tak minat sangat kes ni sebab tak kenal Talha walaupun dia artis..
Bila kecoh pasal dia putus tunang ni baru tahu wujud artis nama Talha
sendurina ataupun memang i jarang tengok tv..
Quote Mademoisellee 1-9-2023 08:18 PM
Kaum kerabat ex-tunang dia dgn husband ex dia byk jugak komen. Ada yg komen Nana ni dah lama sabar dgn Talha, majlis kahwin asyik tunda and nana ni selalu nangis kat tmpt kerja something like that, pastu nana ni pernah kena ignore berbulan2, iols rasa mmg mcm tu lah asam garam kalau bercinta lama, awal2 kentut wangi, dah lama sgt jadi toxic, bosan dah dgn hubungan tu. Manis dah jadi tawar. Kalau i pun i angkat kaki keluar dr relationship tu. Buat apa nak stay dalam relationship yg toxic & tawar
Quote winky1 1-9-2023 08:20 PM
Talha ...kenapa kawan lama sangat.  7 tahun tu dah macam unclaimed money ????
Quote Mademoisellee 1-9-2023 08:26 PM
Pendapat iols, dalam cerita ni takde mangsa. Talha yg play victim. Sbb putus tunang dah 2 bulan, cerita patut habis kat situ like ko dah takde kena mengena dgn dia kenapa nak jaja lagi nama dia? Member tu pun dah sah kahwin, dah berlaki bukan pasang boipren baru. Bukan mcm samdol berzina bertahun, seksa bini bertahun, kahwin no. 2, gantung bini no.1 tak bertali, nak ceraikan pun liat kemain mcm2 syarat dia letak eh tiber masuk kes lain

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.061300 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top