Shila Amzah memaklumkan dia tidak meletakkan sebarang sasaran dan bilangan zuriat dengan Ubai. “Secara jujurnya, we don’t actually ada a specific target. Tapi kamilebih prefer maximum tiga orang,” katanya di Insta Story.
Selain itu, Shila juga mengakui membesarkan anak bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia melibatkan perhatian penuh terhadap keperluan mereka. Justeru, dia menganggap kuantiti bukanlah keutamaan melainkan persediaan dari segi mental dan fizikal termasuklah dari segi kewangan.
“For what i have experienced, adalah penting perancangan dari segi fizikal, mental dan kewangan yang stabil. “Sebab, anak-anak perlukan perhatian khusus. Jadi, kuantiti bukanlah keutamaan buat saya,” jelasnya.
Sekadar info, Shila dan Ubai selamat diijabkabulkan pada 5 Ogos lalu dengan hanya sekali lafaz. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantian perempuan yang juga penyanyi, Datuk ND Lala.
Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|