Dua individu lelaki kantoi melarikan troli dari sebuah pasar raya dekat USJ, Subang Jaya, Selangor pada Khamis. Menaiki sebuah motosikal berkuasa tinggi, mereka dilihat bergerak perlahan sambil membawa troli tersebut yang ditarik oleh rakannya yang menunggang di bahagian belakang.
Beberapa barangan runcit dipercayai dibeli daripada pasar raya terbabit turut kelihatan di dalam troli tersebut yang sekali gus menimbulkan spekulasi kes pencurian oleh warganet di Facebook. Tidak dihentikan oleh sesiapa, kedua-dua lelaki berkenaan terus melarikan troli tersebut hingga ke laluan jalan raya. Dalam pada itu, notis larangan membawa troli keluar dari premis di pintu keluar pasar raya berkenaan menarik perhatian warganet yang secara tidak langsung mengundang kemarahan dan kecaman ramai. "Notis larangan dah jelas ditampal di situ, selamba je dia bawa lari troli keluar jalan raya, mencuri la itu," kata
"Ini mesti kes curi, patutlah kadang-kadang boleh nampak ada troli pasar raya bersepah dekat jalan," ujar Mohd Farid.
|
matamata replied at 1-9-2023 05:11 PM
250cc tu superbike ke?
mejaputih replied at 1-9-2023 08:38 AM
Dia beli sendiri agaknya tp takde kete nk angkut..
ADVERTISEMENT