Watie isteri Shuib teruja apabila dapat tidur sekatil berdua bersama suaminya buat kali pertama ketika bercuti di Semporna, Sabah. Watie akatasebelum ini dia dan Shuib terpaksa tidur berhimpit dengan tiga orang anak mereka yang lain iaitu Uwais, Talita dan Matin.
Kata Watie usaha untuk memisahkan anak-anaknya tidur berasingan tidak mudah apabila masing-masing enggan mengalah untuk tidur bersama mereka. "Kita berjaya daddy! Buat pertama kali mummy dan daddy dapat tidur berdua... tapi katil sebelah-belah saja lah pun. "Biasa akan berhimpit sekali lima tapi ini pun dah jenuh lat tali lat... ohsom sebab semua tak nak tidur tepi sana. "Semua nak tidur tepi sini dengan dummy dan daddy," katanya melalui Instastory sambil memaparkan tiga orang anaknya itu sedang lena tidur bersama. Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu.
|
Cpkay replied at 1-9-2023 11:56 AM
ayash tu patut dah boleh bawak dah .. barulah merasa susah senang jaga anak dari yang kecil sampai b ...
"Semua nak tidur tepi sini dengan dummy dan daddy," katanya melalui Instastory
ADVERTISEMENT