CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Berang Budak-Budak Terpekik Terlolong Berlari Dalam Feri, Mak Ayah Buat 'Bodoh' Langsung Tak Tegur

1-9-2023 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4838| Komen: 57

Hasrat seorang wanita yang nak healing dan baru mahu melelapkan mata ketika menaiki feri terbantut dengan suara memekik sekumpulan kanak-kanak yang bermain di dalam pengangkutan awam itu.

Bukan sahaja membuat bising, malah berlari di sekitar feri, sekali gus turut menganggu penumpang-penumpang lain.

Namun, apa yang dikesalkannya adalah tiada pemantauan terhadap pergerakan kanak-kanak itu yang ke hulu ke hilir sambil menjerit dan bergelak ketawa dengan kuat.

Foto: mStar

“Mak, mak tolong la pantau anak anda. Ini bukan dekat taman permainan atau taman tema.

“Tengok situasi kalau anak-anak nak bermain. Orang nak lelap naik feri pun dah dengar macam ni. Memang minta kena maki la kan,” katanya menerusi video berdurasi 27 saat itu.

Tidak dinyatakan destinasi yang dituju, tetapi dipercayai berlaku di utara tanah air berdasarkan pautan lokasi menerusi video yang dimuat naik.


Wanita itu turut kecewa dengan sikap ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang tidak memantau anak-anak mereka sepanjang perjalanan.

“Mak ayah buat bodoh je sepanjang dalam feri tadi, macam tak ada apa jadi.

“Aku sempat tegur budak-budak ni minta diam sebab ramai orang dalam ni tengah tidur. Tapi budak-budak tu buat bodoh je,” katanya.

Mengulas lanjut, dia sempat menegur salah seorang daripada kanak-kanak itu, namun reaksi yang diberi mengecewakan.

“Saya tahan salah seorang budak, yang paling besar. Dengan harapan dia paling faham bahasa. Tapi haram, satu apa tak faham, dia terus berlari.

“Budak buat bodoh tu faham lagi, mungkin sebab budak lagi. Ni mak pak pun buat bodoh,” ujarnya dengan nada kesal.

Sehubungan itu, dia amat berharap perkongsian videonya di TikTok dapat disaksikan oleh ibu bapa tersebut mengenai sikap anak-anak mereka di luar kawalan.

“Harap mak bapa budak ni tahu la jeritan tu jeritan anak dia. Relaks je mak bapa dia duduk belakang macam tak ada apa yang berlaku.

“Jarang nak post benda-benda macam ni, tapi geram sangat. Harap mak bapa budak ni nampak betapa 'senyapnya' budak-budak tu dalam feri, macam dalam taman tema,” sindirnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa penumpang wanita, malah ada yang terkejut melihat segelintir kanak-kanak sudah besar untuk beraksi begitu.

“Alamak, macam dah besar dah tu. Kalau umur lima atau enam tahun boleh la nampak comel main begitu.

“Anak saya teriak dalam feri pun saya dah rasa bersalah sangat dengan penumpang lain. Usaha pujuk anak supaya senyap.

“Ini sejenis beranak tahu, ajar anak tak tahu. Maaf kalau bahasa saya agar kasar.

“Itulah kadang-kadang malas nak cakap dan marah lebih-lebih. Kata kita jahat,” komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-9-2023 10:49 AM
Feri ke mana ni
Quote Decaffeinated 1-9-2023 10:52 AM

To hell kot

Quote lattehazelnut 1-9-2023 11:00 AM
Siang hari kot n trip lama sgt ke sampai nak tido.. paling2 pun sejam dua ke..
Tapi bab berlari tu takut keselamatan je la..
Mana video?
Quote Perawankota 1-9-2023 11:14 AM
Decaffeinated replied at 1-9-2023 10:52 AM
To hell kot

Ouchhh….. ni jugak salah satu sebab kenapa malas nak naik feri pi memana. Tak tahan duduk lelama dalam feri lagi2 klu pi kampung Salang paling hujung kt tioman tu.. kadang2 tak kena time, nak tunggu air pasang lagi.. kadang ternaik sekali dgn budak2 asrama nak balik pulau.. tu belum lg dgn seat yg straight dan sempit…

Klu pulau dekat2 mcm kapas tu ok lagi…
Quote Decaffeinated 1-9-2023 11:43 AM
lattehazelnut replied at 1-9-2023 11:00 AM
Siang hari kot n trip lama sgt ke sampai nak tido.. paling2 pun sejam dua ke..
Tapi bab berlari tu t ...

Feri ke Koh Samui dek atas sekali ada children playground.

Quote supernaturalee 1-9-2023 12:25 PM

final destination



Quote melinda_kerr 1-9-2023 12:27 PM
bukan feri jer..kdg naik cable car boleh parent tkde otak die biarkan anak2 dia melompat...kita pulak yg seram.
Quote chikumanis 1-9-2023 12:40 PM
me kalau naik public transport ni, ada bebudak lain bising, me marahkan anak4 me dulu walau diorang tak sebising anak orang lain dengan erti kata lain, mak pak bebudak tu sedar diri
Quote she 1-9-2023 01:10 PM
Feri Langkawi kot

Macam dulu yang parents sentap
Anak buat bising
Feri pulak bukan besor macam kapal cruise

Penumpang tengah syok layan movie dekat tv depan
Ada sorang pacik jerkah dari belakang
Parents tu bangun sentap ajak gaduh
Pastu penumpang lain pakat2 kutuk parentsnya

Last2 bapak tu tibai anak dia depan orang
Pastu keluar ayat “puas hati semua!”

Lahhhh
Dah jadi satu keje semua nak ngadap anak dia melalak
Quote Kentot_Wangi 1-9-2023 02:00 PM
Sama je klu dlm bas pun, dlm wyg ke.. Nymph betul klu jenis suke jek2 kerusi ni.. Org tua yg berbulu atas bawah tu pn sama. Jenis x reti dduk diam. Mcm kera kena belacan.
Quote jfq 1-9-2023 02:39 PM
Masa budak2 tu tgh berlari cuba julur kan kaki biar dia jatuh tersadung
Quote mawardia 1-9-2023 02:50 PM
Takde video ke untuk I ols analisa sebelum mengkomen.
Quote Antifake 1-9-2023 03:07 PM
Pernah kena. Bila tegur mak bapak dia yang marah kita balik. X nak mengaku anak macam setan gondol
Quote AnBulisia 1-9-2023 03:11 PM
kalau berlaku situasi begini
apa yang harus kita lakukan?
bincangkan
Quote syamzana 1-9-2023 03:17 PM
mana full pic+video ke??? pic blurr gitu mana nak tau besar mana bdk tu?? nak kecam pun terbantut
Quote makneng 1-9-2023 03:32 PM
Ko nak healing pegi time cuti sekolah dah kenapa sengal???
Quote che-cikL 1-9-2023 03:51 PM
Diorang tak buat bodoh tu.
Memang bodoh semulajadi, tak payah nak buat2.

Quote Skuau 1-9-2023 03:55 PM
she replied at 1-9-2023 01:10 PM
Feri Langkawi kot

Macam dulu yang parents sentap

awat x tepuk tangan bila dia dh ngata.."puas hati semua"...
Quote Decaffeinated 1-9-2023 03:56 PM
AnBulisia replied at 1-9-2023 03:11 PM
kalau berlaku situasi begini
apa yang harus kita lakukan?
bincangkan

Dah ada yg suggest hulurkan kaki. I like.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.150217 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top