Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus menjadi tumpuan utama ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-66 yang diadakan di Dataran Putrajaya pada Khamis. Pngunjung yang memenuhi dataran itu sejak awal pagi kedengaran bersorak kuat apabila jentera bomba berarak melintasi mereka.
Anggota bomba yang bertubuh sado dilihat berdiri di atas trak sambil tersenyum ke arah orang ramai, malah ada yang turut melemparkan kuntuman bunga kepada pengunjung bertuah. Paling mencuri tumpuan tentunya aksi anggota bomba yang membawa sepanduk pick-up line yang tertera ayat "Api memang panas tapi anda semua penyejuknya". Satu lagi sepanduk ditulis dengan ayat "Sayang kamu ketat-ketat" sekali gus membuatkan pengunjung di dataran itu menjerit kegembiraan. "Anda semua sebenarnya nak tengok abam bomba kat perbarisan hari merdeka ni kan? Bukan main kuat ya semua menjerit kat Dataran Putrajaya," ciap @arfdy12 menerusi laman Twitter. Menurut seorang lagi pelayar Twitter, jeritan kuat pengunjung bukan sahaja bergema di Dataran Putrajaya, malah turut kedengaran jelas menerusi siaran langsung sehingga menenggelamkan suara penyampai televisyen. Di ruangan komen netizen, rata-rata mereka meluahkan rasa puas hati dengan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Malah, mereka turut berterima kasih kepada anggota bomba yang menceriakan hari istimewa ini dengan aksi-aksi yang 'mencairkan hati' ketika perarakan sebentar tadi. "Kuat betul suara perempuan menjerit tengok abang-abang bomba sado. "Dahsyat betul orang bersorak tengok abang bomba sado. Aku tengok kat TV je pun rasa meriah. Lagi la orang yang ada kat dataran. "Tetaplah abang bomba dapat sambutan paling meriah tiap kali merdeka," tulis beberapa netizen. Untuk rekod, acara perbarisan pada kali ini melibatkan sekitar 17,000 peserta yang terdiri daripada 10 komponen. Perarakan Hari Kebangsaan pada Khamis turut dimeriahkan dengan kehadiran aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Dataran Putrajaya pada jam 8 pagi sempena sambutan itu. Acara hari ini turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. -CARI Sumber: mStar
|
prince_marhaen replied at 1-9-2023 10:46 AM
ye, depan meols menggelupoh ye acik2, akak2 kepam, adik2 dari ceruk rantau mana OOTD macam baru kelu ...
lanacondor replied at 1-9-2023 10:49 AM
Alah u ni dorg gurau2 jela.. xyah amek serious.. mesti bini u antara org yg menjerit2 kt abg bomba ...
Decaffeinated replied at 1-9-2023 10:58 AM
First the first time in my life aku join bbnu tengok perarakan merdeka. Apa yang aku boleh kata tak ...
Suchi replied at 1-9-2023 11:09 AM
Uols tido sana ke weh?
Tp mmg best pun bila dpt tgk dedepan mata.
Decaffeinated replied at 1-9-2023 11:38 AM
Tak tido cuma aman2 bekfes ja kat Zenith. Motif aku jadi greentea itu pun nak sembang Boleh buy ...
ADVERTISEMENT