CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Owner Berang! Sewa 1 Malam, Tetamu Lenjan Homestay Cukup-Cukup- Rumah Kotor, Perabot 'Hilang', Mainan Bersepah

1-9-2023 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5466| Komen: 56

Pengusaha sebuah homestay berang apabila rumah yang disewakan dibiarkan dalam keadaan tidak terurus dan kotor.

Ain (bukan nama sebenar) berkata, keluarganya mengusahakan bisnes homestay di Melaka sejak lebih setahun lalu.


Seperti kebiasaan, dia bersama ahli keluarganya akan melakukan pemeriksaan dan pembersihan selepas tetamu mendaftar keluar selepas menginap di rumah dua tingkat itu.

Foto: mStar

“Apabila tetamu dah bayar, memang kita akan kemas selepas mereka dah check out. Tapi kami tak pernah dapat tetamu sekotor itu.

“Banyak pinggan sudah digunakan tidak dibasuh, dibiarkan saja dalam singki. Kerusi ‘hilang’ sedangkan kalau duduk di homestay, perabot tak boleh dialihkan,” katanya kepada mStar.

Katanya lagi, kerusi di ruang meja makan 'hilang' dari tempat asal dan ditinggalkan di dapur.

Malah katanya, meja di ruang tamu juga dialihkan dan tidak diletakkan semula di tempat asal.


Foto: mStar

“Kami naik tingkat atas, ada dua tilam ‘hilang’ di bilik belakang. Rupa-rupanya mereka angkut bawa ke bilik hadapan.

“Masalahnya, sudahlah tidak diletakkan semula di katilnya, dibiarkan berselerak macam tu je,” ujarnya sambil menambah tetamu tersebut menginap bersama keluarganya.

Walaupun menginap hanya untuk satu malam, Ain menggambarkan keadaan rumah sangat tunggang langgang.


Foto: mStar

“Ada selonggok sisa makanan dan minuman di meja hadapan rumah, berdepan dengan kolam renang. Kenapa dah makan tak kemas?

“Kita dah sediakan kelengkapan pembersihan seperti penyapu dan penyodok sampah. Plastik sampah pun ada, kenapa tak digunakan dengan sebaik-baiknya?” soalnya.

Lebih menyedihkan apabila tetamu berkenaan tidak menghargai kemudahan yang mereka sediakan untuk keluarga yang datang untuk menginap.

“Kami sediakan banyak permainan untuk kemudahan kanak-kanak bermain. Selama ini tetamu yang datang sekeluarga kemaskan semula, tapi kali ini dibiarkan bersepah,” katanya.


Foto: mStar

Menurut Ain, keluarganya ada bertanyakan mengenai keadaan rumah yang teruk kepada tetamu tersebut namun alasan yang diberikan begitu mengecewakan.

“Dia boleh jawab ‘kami tak buat sebarang kerosakan, tak ambil satu barang pun dari homestay’. Memanglah dia tak buat macam tu, tapi tolonglah ada common sense.

Foto: mStar

“Kami tak minta tetamu bersihkan betul-betul sebab itu tugas kami. Tapi jangan kotorkan dan biarkan saja, kami hanya mahu macam mana keadaan rumah apabila masuk, begitu juga keluar.

“Apabila sebut pasal terma dan syarat, baru dia minta maaf. Kami dah bagi sewa homestay murah, kami cuma minta kembalikan homestay seperti sediakala pun dah cukup. Tak susah mana,” katanya dengan nada kesal. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 1-9-2023 09:58 AM
Wujud ja manusia durjana mcm ni
Quote Insomniacs 1-9-2023 10:02 AM
Penyewa tak beradab dan pengotor
Quote LostStar 1-9-2023 10:09 AM
Lengkali buh la cctv yg ada suara tu. Pantau la. Nampak org tu alih tilam. Sound terus kat cctv tu.-heippp biasa dia alihkan tilam tuuu
Quote jari10 1-9-2023 10:10 AM
Lain kali amik bon kebersihan
Quote lattehazelnut 1-9-2023 10:18 AM
Edited by lattehazelnut at 1-9-2023 10:23 AM

Yang alihkan tilam tu faham lah nak mengamuk..
Tapi mungkin bilik kecik xde aircond..
Tapi takat xbasuh pinggan n buang sampah.. rasa mcm normal je.. sampah pun dalam tong sampah..
N kalau letak permainan mcm lego mmg mcm xsesuai utk homestay.. better letak mainan besar2.. and xbanyak..
Tp iols biasa mmg kemas before balik.. mmg bwk sabun joy kecik n sponge klau dok hstay..
Quote prettyuglybabe 1-9-2023 10:20 AM
memang ramai je manusia takde common sense macam ni..
tapi homestay kan ada amik deposit + cleaning fee..
dah charge cleaning fee pastu kau harap penyewa kemas rumah sebelum keluar..
abis cleaning fee tu untuk apa..
takat alih barang je kan..
bukan dia tinggal rumah melekit makanan air tumpah sana sini..
i kalau holiday memang takde la duduk homestay ni..
duduk hotel baru ada feel holiday
Quote iolss 1-9-2023 10:21 AM
msh wujud org x beradap mcm ni ya?
rmh sndri xtau cane tunggang tebaliknya tu..
sikap mncerminkan diri. hmmmm
Quote Manjahati 1-9-2023 10:23 AM
LostStar replied at 1-9-2023 10:09 AM
Lengkali buh la cctv yg ada suara tu. Pantau la. Nampak org tu alih tilam. Sound terus kat cctv tu.- ...

Nanti viral pulak kata homestay berhantu klu wat gini
Quote shernazz 1-9-2023 10:29 AM
LostStar replied at 1-9-2023 10:09 AM
Lengkali buh la cctv yg ada suara tu. Pantau la. Nampak org tu alih tilam. Sound terus kat cctv tu.- ...

Wei...laki iols pernah pasang kat area depan rumah..
Pastu ada budak2 Ni dok.jenguk2 rumah iols sebab ada barang Lazada depan tu
Laki iols dari.tmpt keje dia gi cakap"jangan ambek aaaa"
Berlari budak2 tu..

Circa 2018 cm tu

Sampai skang takde sapa jenguk dah
Quote jari10 1-9-2023 10:30 AM
prettyuglybabe replied at 1-9-2023 10:20 AM
memang ramai je manusia takde common sense macam ni..
tapi homestay kan ada amik deposit + cleaning  ...

Dia ada amik cleaning fee ke
Quote shernazz 1-9-2023 10:30 AM
prettyuglybabe replied at 1-9-2023 10:20 AM
memang ramai je manusia takde common sense macam ni..
tapi homestay kan ada amik deposit + cleaning  ...

Iols.kalau bercuti mmg hotel.jelah
Paling2 pung dalam hotel.je takde ape Benda nak sepah pung
Cuma kalau ada orang tua je mmg amek.homestay..
Mak mertua iols.kata.mcm.nak sesak.napas dok hotel..hahaa..
Quote shernazz 1-9-2023 10:32 AM
jari10 replied at 1-9-2023 10:30 AM
Dia ada amik cleaning fee ke

Selalu homestay ada amek cleaning fee dalam rm60 hingga.rm80 pung ada...
Quote nz.jr 1-9-2023 10:35 AM
prettyuglybabe: memang ramai je manusia takde common sense macam ni..tapi homestay kan ada amik deposit + cleaning fee..dah charge cleaning fee pastu kau harap penyew ...


setuju sangat....apa barang duduk homestay bila berholiday....heeheeheee
Quote ilacantik 1-9-2023 10:44 AM
Idok le teman nak duduk homestay bila bercuti. Dah la biasanya master bedroom jer ada aircond, lepas tu jarang jumpa homestay meleis yg ada water heater. Stress tau.
Quote glump 1-9-2023 10:51 AM
Baru balik Dr homestay kat pengkalan balak... Homestay sediakan pinggan mangkuk kaca acopal lama.(takut pecah);periuk belanga murahan -oklah boleh masak ..toto  5 helai boleh extra guest nak Tido depan tv..sediakanbtv tiada battery remote...ramai tetamu gamak ..kipas berdebu,sawang banyak kat umah..mulut entah penjaga ke owner tu semua sungguh lah hangswang ,kawan 2 suami pulak lepak ramai kat tepi chalet pasang lagu rock kapak kuat2..sungguh terganggu..dah tu ada patut dia pi kurung kucing dalam tangki air tutup dengan jaring...anaiya haiwan
Quote CikNano 1-9-2023 10:58 AM
Iolls igt tahun lepas pernah viral dekat tiktok lebih kurang mcmni la..last² tuan rumah kena kecam..katanya dh byr sekali dgn servis mengemas..pandai² la tua rumah handle..gituuu katanya
Quote dekmieDandy 1-9-2023 11:00 AM
berapa kali dah nak komen camni, tapi rumah sepah tu bukan rumah rosak ya

rumah rosak tu kalau dinding ko berlubang ke, paip tercabut ke, katil terbelah enam ke

ni takat buat sepah je, dengan tak buang sampah, of which memang termasuk dalam charge sewa tu
Quote Perawankota 1-9-2023 11:04 AM
Biadap punya guest… Anyway aku mmg tak suka duduk homestay, rela carik hotel walaupun aku sejenis yg akan kemas balik elok2.. even kt hotel pon aku make sure bilik tak bersepah.. Towels semua make sure dah campak dalam bath tub so housekeeping tau mana bersih mana kotor… dia sebenarnya mcmni, kita mudahkan urusan org lain, Insha Allah, urusan kita dipermudahkan.. Tolak belakang soal, aku bayar aku punya suka nak buat apa.. Jangan ada sesekali sikap mcmtu..
Quote emera 1-9-2023 11:04 AM
Aku ingat pintu tercabut ke.. cermin pecah ke..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.070685 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top