CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Buru Lima Lelaki Kes Rogol Berkumpulan

31-8-2023 07:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2939| Komen: 3

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan lima lelaki termasuk abang ipar seorang wanita yang menjadi mangsa rogol berkumpulan dalam kejadian di sebuah rumah di Wangsa Maju dekat sini, semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun sedang tidur sebelum tersedar apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh seorang suspek.


"Tangan mangsa kemudian diikat dan mulut mangsa dilekatkan dengan pita pelekat sebelum dirogol bergilir-gilir dan perbuatan terkutuk itu turut dirakam suspek.

"Selepas memperkosa mangsa, kesemua suspek melarikan diri. Mangsa cedera dan lebam pada tangan akibat kejadian itu," katanya.

Tambah sumber, sebelum kejadian, anak saudara mangsa ada terlihat empat lelaki pulang ke rumah bersama abang iparnya.

"Difahamkan ketika kejadian, kakak mangsa tiada di rumah dipercayai keluar dari kediaman itu sejak beberapa minggu lalu akibat perselisihan faham dengan abang ipar mangsa.


"Mangsa sudah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan yang dihubungi BH, hari ini mengesahkan kejadian.

Katanya, usaha mengesan kelima-lima suspek termasuk abang ipar mangsa kini sedang dijalankan.


Sumber:BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 31-8-2023 08:21 PM
Tolong la laksanakan potong anu je kes2 rogol ni.. Siannya la pmpn ni...[em:6:]  [em:7:]
Quote Friska 31-8-2023 08:27 PM
Sudah ada tritnya https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5209557

Dan ini komentar saya

Saya kira berita dari India, ternyata saya salah


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.034697 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top