CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PPIM Nafi Aniaya Mangsa Ceti Haram

31-8-2023 07:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2872| Komen: 9

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka terbabit menjadi antara perunding yang menganiaya mangsa ceti haram.

Setiausaha Kerja PPIM, Muhammad Zharif Johor berkata, video yang tular berkaitan aduan mangsa pinjaman wang atau lebih dikenali sebagai along tidak ada kaitan dengan persatuan itu.



Katanya, rakaman itu antara lain memaparkan rakaman audio mangsa berasa kesal dengan tindakan pihak yang tidak melaksanakan amanah seperti dijanjikan meskipun bayaran dibuat mangsa kepada organisasi terbabit.

"Saya tidak pasti organisasi mana ataupun yang dimaksudkan tetapi apa dinyatakan adalah selepas membuat pembayaran, mereka (organisasi) gagal untuk mendapatkan pembelaan.

"Sepertinya tidak ada perbezaan ketika mereka (mangsa) berurusan dengan pihak along," katanya dalam kenyataan.

Beliau turut membidas andaian beberapa individu menyatakan PPIM adalah antara salah sebuah NGO yang terpalit dalam isu ini.


"Kami di PPIM sudah lama menguruskan aduan seperti ini. Alhamdullilah, kita mempunyai kaedah tersendiri dan integriti kita terbukti.

"PPIM antara NGO yang bekerjasama baik dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pelbagai urusan serta bersama dalam sesi libat urus bagi meregulasi organisasi yang memberi khidmat perundingan kewangan termasuk kes-kes along.

"Kita minta masyarakat supaya menjadi lebih peka dan membuat pemilihan terbaik dengan pihak mana mereka ingin berurusan," katanya.

Beliau turut menasihati masyarakat supaya lebih berhati-hati dan tidak menilai kemampuan sesebuah organisasi berdasarkan populariti semata-mata tanpa menilai integriti serta kredibiliti mereka dalam konsultasi, rundingan dan pengurusan kes-kes berkaitan pinjaman kewangan atau along.

"Kita tidak menolak kemungkinan ada along yang menubuhkan agensi perunding untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan atas kesusahan mangsa.

"Berdasarkan rekod, along ini sudah buat macam-macam dan tak mustahil mereka akan reka pelbagai cara untuk menakut-nakutkan peminjam," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 31-8-2023 07:44 PM
Dia camni la. PPIM ni tolong korg jumpa ahlong utk reschedule je pembayaran. Tapi pembayaran still korg kne buat kt ahlong tu. Bkn xpyh byr lgsg. Dh pinjam kan dh tentu la kn byr balik. Mana boleh nk free je. Ni org dh tolong patut syukur la. Xde ko kne tekan sampai mati byr bunga je. Dh pinjam kne la bayar.
Quote Belibis 31-8-2023 08:41 PM
lanacondor: Dia camni la. PPIM ni tolong k ...

Biasanya bukan tolong free.ada yuran jugak.pi mai,pi mai..tang tu.
Keretapi warna merah...piiiii rah.
Budin.
Quote Radzor 31-8-2023 11:05 PM
dah bayar tapi masih kena bayar lagi.. huhu
Quote putriTS 31-8-2023 11:30 PM
Ada betul jugak org tu ckp pasal PPIM ni. Ini based on apa yg i tau bila temankan kawan iol pegi PPIM dulu. They charged ppl berdasarkan berapa tempat org tu pinjam and brp banyak. Tapi end up PPIM tak selesaikan jugak. Dorang call ahlong tu maki2, pastu ugut2. Dia tak fikir pulak apa2 jadi kalau ahlong tu gi serang kat rumah ke. Orang still kena minta tlg polis. End up kawan i settlekan sndiri without PPIM's help. Ahlong tu bagi settle through main kutu. First month terus bayar habis kat ahlong tu.
Quote Lagubestbest 31-8-2023 11:31 PM
Belibis replied at 31-8-2023 08:41 PM
Biasanya bukan tolong free.ada yuran jugak.pi mai,pi mai..tang tu.
Keretapi warna merah...piiiii ra ...

tu lah. dan dengar2 yuran tu kira % ikut jumlah hutang, bukan one off.
Quote Perawankota 1-9-2023 11:20 AM
PPIM ni gangster jugak ke
Quote sayurmayur88 1-9-2023 11:30 AM
skarang ni, semua perlukan duit.
Quote Nurdianah 2-9-2023 11:01 PM
semua nk habuan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.132735 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top