Sempena Hari Kemerdekaan tahun ini, diari hidup Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 42, berganda pengertiannya. Bukan setakat raih pencapaian terindah dalam seni, agenda hari kebangsaannya turut terisi.
Meski hebahan mengenainya tidak putus-putus, tapi ada yang menarik daripadanya jika berkongsi erti kemerdekaan. "Sebenarnya ramai yang tak tahu saya lahir pada 30 Ogos sehari sebelum Hari Kebangsaan. Kalau ikutkan, ibu saya nak lahirkan anak merdeka. "Tahun ini sangat menggembirakan kerana saya dipilih sebagai artis mewakili Jabatan Penerangan Malaysia untuk mengajak rakyat kita meraikan Hari Kebangsaan di Putrajaya," katanya. Bagi Bell, besar tanggungjawabnya sebagai figura awam untuk menanam rasa patriotik dalam kalangan masyarakat. Dia sendiri sentiasa ingatkan diri mengenai sejarah pengorbanan demi melahirkan Malaysia gemilang. Meskipun bergelar anak seni, dia merasakan tanggungjawab itu patut ada pada setiap rakyat negara ini. Tidak semestinya perlu berpengaruh untuk sama-sama laungkan rasa bangga terhadap negara.
|
ADVERTISEMENT