CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Pasang Ayat Ruqyah Dalam Kereta, Cegah Gangguan Jin, Syaitan

31-8-2023 10:33 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10593| Komen: 204

Petaling Jaya: Pendakwah terkenal, Ustaz Muhaizad atau Muhaizad Mohamed menyarankan supaya tidak memasang ayat-ayat ruqyah ketika berada di dalam kenderaan bagi mengelakkan gangguan jin dan syaitan.


Muhaizad berkata demikian menerusi satu sesi ceramahnya di YouTube, berkata, ia cukup sekadar membaca doa naik kenderaan, selain ayat Kursi.

Gambar hiasan

“Kalau nak minta perjalanan kita selamat dengan Tuhan, baca doa naik kenderaan, kedua baca ayat Kursi wakaf sembilan untuk minta musafir kita selamat.

“Jangan bacalah ayat-ayat Manzil dalam kereta atau ayat-ayat ruqyah kerana mengganggu sebab jalan kita lalu ke rumah ni, kita lalu ‘rumah dan kawasan orang’.

“Kita ada rumah, ‘benda’ tu pun ada rumah juga. Kita lalu rumah ‘dia’ kita pasang ayat al-Quran, terganggu dia,” jelasnya.


Beliau mengulas perkara tersebut berikutan ada yang hadirin yang bertanya, apakah terdapat amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi menghindarkan daripada ‘benda’ menumpang pada kenderaan.

Menurutnya lagi, ia juga merupakan adab yang perlu diberi perhatian berikutan bumi turut didiami oleh makhluk halus bernama jin dan syaitan.

“Sebab tu tak digalakkan baca ayat-ayat Manzil, perubatan dalam kereta, takut ‘dia’ ganggu. ‘Dia’ ganggulah, dah ganggu kawasan ‘dia’.

“Jangan ganggu, biar beradab. Kita ni menumpang di bumi tuhan, bukan kita sorang duduk atas dunia.

“Nak jadi khalifah tuhan gi buat kurang ajar lagu tu, marah la ‘orang’ tu. Hidup biar beradab,” tegasnya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juboqhang 2-9-2023 11:13 PM
Merukyah dlm rumah..bukan kereta. Naya meracau kat highway nanti..
Quote Radzor 2-9-2023 11:28 PM
apa ke mengarut..
Quote becir 2-9-2023 11:35 PM
Huk aloh

Quote Nurdianah 3-9-2023 01:43 AM
Pulak dahhhhhh
Quote aint 3-9-2023 02:24 AM
juboqhang replied at 2-9-2023 11:13 PM
Merukyah dlm rumah..bukan kereta. Naya meracau kat highway nanti..

kang tgh drive, tetiba kesurupan... naya kot...

betol la statemeny ustaz tu... baca ayat naik kenderaan, ayat kursi cukup...selebihnya berserah pada Allah..

pasang ayat2 manzil & ruqyah ni biar kena pd tempat & keadaan... time driving tk sesuai, sbb bila benda tu kepanasan, dia gelapkan mata driver sekejap jer, bole xcident...
Quote ultra78 3-9-2023 05:07 AM
Pasang video ceramah pas utk halau setan.
Quote noor2 3-9-2023 06:12 AM
Mengaruttttt......
Quote sagiman91 3-9-2023 08:08 AM
kalau non muslim yang cakap "mengarut", takperlah. mgkn dia tak paham...

kalau muslim sendiri yang cakap, adakah kerana sebab korban kepada kemodenan yang menghilangkan sisa-sisa iman yang ada dalam diri...?

(yer, aku tgh tunggu kencaman dari para liberalist)
Quote she 3-9-2023 08:42 AM
Tapi memang betul pun

Dedolu zaman CD rukyah ni dijual
Memang dia tulis besor2 kat case
Jangan sesekali pasang di dalam kereta atau ketika memandu
Quote dua_chzy 3-9-2023 08:48 AM
Eh kesah la kau. Akak benci djinn syaiton hantu. Dah la tinggal free kat rumah kita (or memana), lagi nak kacau2 kalau tak puas hati. Gi mati kau.
Quote LautBiru52 3-9-2023 09:30 AM
Betul la ustaz tu ckp. Ayat ruqyah ni kuat. Dkt rumah pun kalau tak tahan boleh meracau, inikan pulak dkt luar
Quote Radzor 3-9-2023 10:29 AM
sagiman91 replied at 3-9-2023 08:08 AM
kalau non muslim yang cakap "mengarut", takperlah. mgkn dia tak paham...

kalau muslim sendiri yang  ...

nasib baik la ada wahabu.. boleh check and balance. kalau tak makin mengarut la semua so call ustaz² nih
Quote Tinot7 3-9-2023 10:35 AM
Satt.. ayat2 rukyah ni mcm mana?

Pasang quran dlm keta ka masa piknik ka dlm umah ka, tak jadi masalah, kan?

Kali pertama iols dgq jgn pasang quran..

Yg iols tak rekemen pasang surah djinn je la.. hat tu kalau amalkan pun mcm pelik jahh..
Quote mojarean_X 3-9-2023 10:36 AM
Setuju. Benda2 ghaib ni pun ada kawasan dia sendiri. Dorang x kacau kita, kita jgn kacau dorang. Tu yg aku geram tgk bdk2 paranormal g kacau ketenangan kwsn benda2 ghaib ni
Quote sagiman91 3-9-2023 10:37 AM
OK... dah jumpa sorang...
Quote chandrahusin 3-9-2023 10:39 AM
Kat rumah pun klu nak baca ayat2 ruqyah
Atau baca ayat2 halau setan mcm surah al-baqarah
Pastikan semua tingkap & pintu dibuka
Baru jin boleh keluar
Quote cranell 3-9-2023 10:51 AM
buka lagu fengtau je. Hantu pun masuk goyang sekali
Quote nolya 3-9-2023 11:07 AM
dua_chzy replied at 3-9-2023 08:48 AM
Eh kesah la kau. Akak benci djinn syaiton hantu. Dah la tinggal free kat rumah kita (or memana), lag ...

'Panaskanlah'  rumah kita dgn bacaan  ayat AQ shng jin syaitan pun rasa panas nak tinggal lama.
Quote ilacantik 3-9-2023 11:09 AM
Meols kalau pergi mana2 hotel, memang pasang rukyah. Adakah ini jadi penyebab meols tak boleh tido? Adakah meols patut pasang white noise sahaja?

Lihat semua komen(204)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.138587 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top