Pendakwah selebriti Da'i Syed menuntut RM1 juta terhadap dua netizen yang dipercayai memfitnahnya sebagai ganti rugi terhadap reputasi dan nama baiknya dalam tempoh tujuh hari. Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful Jamalullail, 28, memaklumkan pampasan tersebut sebagai ganti rugi untuk gangguan kesihatan mentalnya yang terjejas akibat fitnah dilemparkan terhadapnya.
Pendakwah selebriti itu memaklumkan perkara itu menerusi penyata tuntutan yang dikeluarkan peguamnya Syed Amirul Syed Edros dan dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Rabu. Dalam pada itu, tuntutan itu turut menuntut agar video yang mengaitkan namanya yang dimuat naik di media sosial dipadam dalam tempoh sama. Tidak hanya itu, Syed turut menuntut permohonan maaf bertulis daripada kedua-dua pihak bagi menunjukkan rasa penyesalan dan insaf atas perbuatan fitnah dilakukan.
Bagaimanapun, permohonan maaf itu juga hendaklah dipersetujui terlebih dahulu oleh Syed sebelum dimuat naik ke semua akaun media sosial pihak berkenaan. Malah Syed juga berhak untuk menuntut memuat naik permohonan maaf tersebut di media sosial miliknya. Tidak hanya itu, Syed juga menuntut aku janji bertulis daripada pihak berkenaan agar tidak mengulangi perbuatan yang sama kelak. Seterusnya, Syed turut menuntut jaminan keselamatan daripada pihak berkenaan termasuk ahli keluarga mahupun waris tidak menganggu kehidupan Syed untuk masa akan datang.
|
rayna_raynes replied at 30-8-2023 11:44 PM
Jijiknya gambar tu
Dia rasa dia hensem ke
Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful Jamalullail, 28, memaklumkan pampasan tersebut sebagai ganti rugi untuk gangguan kesihatan mentalnya yang terjejas akibat fitnah dilemparkan terhadapnya.
Binodino replied at 31-8-2023 12:16 AM
Kesihatan mental kau terjejas ke? Macam tak je. Kes kau tu pun asalnya kau diperintah untuk bela d ...
ADVERTISEMENT