Putrajaya: Bayangan diberikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Umno akan berkubur di Johor adalah perkara yang tidak mustahil boleh berlaku, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, pengaruh dan pendirian yang ditunjukkan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu boleh membawa perubahan kepada pendirian politik rakyat di Johor. "Ada kemungkinan (Umno berkubur di Johor). Walaupun pengaruh dia (Muhammad Sanusi) di Johor tidak sama di Kedah tapi ramai orang mengikuti pendirian MB Kedah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program ilmu Minggu Negarawan membincangkan tajuk Peradaban dan Sosiologi di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, yang beliau menjadi salah seorang panel jemputan. Semalam, Muhammad Sanusi menyifatkan Johor bukan lagi kubu kuat Umno, sebaliknya memberi bayangan parti berusia lebih tujuh dekad itu akan terkubur disebabkan gelombang Perikatan Nasional (PN) yang semakin melebar.
Beliau dilaporkan berkata, gelombang PN yang melanda enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu itu tidak lagi boleh disekat, sekali gus akan memberi kemenangan kepada pada gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram. Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata dakwaan gelombang PN bakal melanda Johor susulan PRK Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram itu bagai bermimpi di siang hari. Sumber: Harian Metro
|
alesandra replied at 31-8-2023 10:44 AM
Sbb byk sgt kes saman mahkamah takut2 sanusi yg berkubur dulu sblm umngok kt johor tu.sbb prk pula ...
caprut replied at 31-8-2023 12:47 PM
Soalanya berapa lama lagi sanusi boleh bertahan? Takan nk guna modal terpaling miskin utk lg 5 tah ...
ADVERTISEMENT