Penyanyi Ayai Ilusi mendedahkan dia mengalami masalah kesihatan iaitu komplikasi penyakit usus dan buah pinggang sejak setahun lalu. Ayai bagaimanapun bersyukur keadaan kesihatannya kini semakin pulih.
Pemilik nama sebenar, Zaharuddin Kamaruddin, 61, penyakit itu membuatkan dia tidak boleh bangun selama sebulan dan tidak mampu membuat persembahan. “Terus terang saya katakan semasa saya kena sakit tersebut sebulan saya tak boleh bangun. “Semasa saya sakit tu nak buat persembahan pun saya lemah memang saya dah tak boleh menyanyi. “Nak nyanyi kita perlukan tenaga dan saya rasa sendiri waktu itu saya tak boleh menyanyi,” katanya kepada mStar. Berikhtiar mengamalkan jus buah kulim, Ayai memberitahu kesihatannya semakin pulih lebih-lebih lagi masalah buah pinggang yang dihadapi sebelum ini. Dalam perkembangan lain, Ayai merupakan salah seorang peserta All Stars Gegar Vaganza yang bakal bersaing dengan 14 lagi peserta untuk merebut gelaran juara.
Sumber: mStar |
lee_sakura replied at 1-9-2023 09:07 AM
mmg buah kulim tu bagus, kawan aku pakai utk rawat luka kencing manis kt kaki, elok dh sembuh...mana ...
supernaturalee replied at 1-9-2023 08:44 AM
harapnya juri hny pandang vokal dan persembahan sj
slyfynx replied at 1-9-2023 10:50 AM
harapnya juri hny pandang vokal dan persembahan sj
supernaturalee replied at 1-9-2023 11:26 AM
hady tu lps mng nmpk promising
jd hos dansa dan sing bagai
heols ada buat youtube channel jgk
Orix replied at 1-9-2023 12:09 PM
dia kena grooming, bagi kulit tu glow, pegi gym buat badan, lepastu kena pandai cari lagu best2.... ...
woven11 replied at 1-9-2023 10:35 AM
Sejenis jus ke? Mana nak carik? Ayah aku sakit lutut tak baik2 boleh cube lah jus ni…
ADVERTISEMENT