CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Dihalang Bawa Kawan Nak Hisap Dadah Dalam Rumah, Suami Tumbuk Kepala Isteri Bertubi-Tubi

30-8-2023 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6093| Komen: 15

PADAWAN – Berang ditegur menghisap dadah di rumah, seorang lelaki bertindak menumbuk isterinya.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abang Ahmad berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1 petang, 27 Ogos lalu di rumah sewa mereka di Matang Jaya.


Katanya punca kejadian disebabkan mangsa menegur suspek kerana membawa kawannya datang ke rumah untuk menghisap dadah, menyebabkan kawan suspek balik.

Foto: Kosmo

“Ekoran itu, suspek marah dan terus bertindak agresif dengan menumbuk mangsa berkali-kali di bahagian kepala.

“Mangsa kemudian melarikan diri masuk ke dalam bilik untuk mengelak daripada terus dipukul oleh suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Akibat itu, Abang Zainal berkata mangsa yang berusia 23 tahun mengalami pendarahan pada mata kiri dan lebam pada bahagian kepala.

Susulan itu, beliau berkata pada 28 Ogos lalu, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan berjaya membuat tangkapan ke atas suspek berusia 26 tahun di rumah sewanya.


Katanya suspek yang juga penganggur kini ditahan di lokap Balai Polis Beratok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 30-8-2023 06:39 PM
Bodoh. Elok mati je jantan mcm ni. [em:6:]
Quote doubleA 30-8-2023 11:16 PM
Itula penting pompuan belajar pandai2 ada kerjaya beli rumah sendiri. Dapat jantan tagune camni ko campak je kain baju dia kt luar dan flip hair
Quote B40tastePosh 30-8-2023 11:19 PM
Berak kan muka dia beramai-ramai.

Quote TOPwind 30-8-2023 11:26 PM
lanacondor replied at 30-8-2023 06:39 PM
Bodoh. Elok mati je jantan mcm ni. [em:6:]

tapi bini tetap sayang - bila laki  kena, dadah boleh tahan lama

Puas gitu
Quote zuuu 31-8-2023 05:37 PM
Laki bodoh,kawan dia pon sama bodoh,mohon pompuan ni mintak cerai terus seblum mati di tangan suami
Quote shernazz 31-8-2023 06:06 PM
Bini jangan ikat jamin jantan ni nnt
Quote sharlenetexas 31-8-2023 06:11 PM
Otak dah rosak.

Quote SPACENUT 31-8-2023 06:20 PM
Edited by SPACENUT at 31-8-2023 07:27 PM

Selagi husband dia tak kahwin dua...selagi tulah setia....
Quote krustykrab 31-8-2023 07:18 PM
Priskis & trisnot
Quote gideoncross 1-9-2023 12:28 AM
Khwin muda, biasalah, msti msa couple dlu lautan api snggup ku renangi
Quote myakayina 1-9-2023 09:37 AM
klu bini dia ni still nak lagi dgn laki dia lepas ni tak taulah nak ckp apa..
Quote ipes2 4-9-2023 01:18 AM
teruskan berkawan / berkahwin dengan penagih dadah, agar anda menjadi hiburan berita2 kami
Quote boo09 19-12-2024 01:51 PM
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.079719 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top