Dolla yang dianggotai empat wanita terus mencipta nama menerusi lagu terbaharunya berjudul Damelo. Bersempena pelancaran lagu dan video muzik (MV) lagu berkenaan, Dolla secara eksklusif mempersembahkan video muzik Damelo berdurasi 15 saat di Billboard WOLO, Bukit Bintang.
Lebih hangat apabila anggota kumpulan Dolla yang dianggotai Tabby, Sabronzo, Angel dan Syasya membuat persembahan tarian di hadapan Billboard di lintasan jalan kaki di Bukit Bintang. Menurut Universal Music Malaysia, usaha menari di hadapan Billboard itu merupakan idea daripada Dolla sendiri. Katanya inisiatif tersebut cukup membanggakan buat syarikat rakaman Universal Music Malaysia. Menurut Universal Music Malaysia, usaha menari di hadapan Billboard itu merupakan idea daripada Dolla sendiri. Katanya inisiatif tersebut cukup membanggakan buat syarikat rakaman Universal Music Malaysia.
"Apatah lagi, kawasan itu juga tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara," katanya. Bukan sahaja berjaya menambat hati pendengar di Malaysia namun video muzik Damelo juga menduduki tangga teratas di carta treding YouTube dan YouTube Music. Malah di spotify pula Damelo berjaya menduduki playlist New Music Friday di beberapa buah negara seperti Korea, Singapore, Thailand, Filipina, Indonesia dan juga Vietnam. Sumber: mStar
|
rayna_raynes replied at 30-8-2023 03:48 PM
Iols suka development Dolla ni, nampak diorang improve banyak dr first single dulu
Lg satu, suka dio ...
naina replied at 31-8-2023 12:58 AM
Sejujurnya aku suka lagu damello tu
Macam lagu dari oversea punya
susukambingbest replied at 31-8-2023 02:26 PM
Mula2 dorg jd retis dlu, iol rasa dorg acah2 je mcm grup pompuan yg lain, sbb seksi je lebih. Tp bla ...
she replied at 31-8-2023 09:16 AM
Macik suka Dolla ni
Bukan jenis retis separuh jalan
ADVERTISEMENT