CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Janganlah Marah, Ramai Sangat Orang Minta Buat 'Review' Produk Sampai Da'i Syed Terlepas Pandang

30-8-2023 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1816| Komen: 7

Da'i Syed, 27, mengaku terlepas pandang untuk membuat satu 'review' produk milik seorang wanita walaupun sudah menerima bayaran daripada pihak berkenaan.

Katanya isu dengan wanita terbabit sudah pun selesai sepenuhnya selepas dia memulangkan semula bayaran diterima itu.


Foto: IG

"Mengenai isu saya tak buat 'review' produk yang tular di media sosial baru-baru ini, sudah selesai sepenuhnya. Saya dah hubungi wanita itu dan memohon maaf kepadanya. Saya juga memulangkan semula wang dibayarnya.

"Apabila ramai sangat orang minta nak buat 'review' produk dan kadang kita terlepas pandang. Itu kecuaian saya dan saya sudah pun memohon maaf kepada kakak berkenaan.


"Itu kesalahan saya tak baca mesej dia dan apa saja sebab saya cuai. Malah, 'review' yang diminta itu pun hanya di Instagram Story saja," katanya mendapat tahu mengenai video tular wanita itu daripada pengikut di media sosial.

Da'i Syed berkata, tidak menunggu lama dia terus mengirimkan mesej kepada wanita berkenaan untuk memohon maaf dan mengaku kesilapannya serta memulangkan semula wang yang sudah dibayar itu.


"Saya juga minta dia (wanita itu) menurunkan videonya di Tik Tok dan katanya, sudah terlambat. Saya pun okay saja dan tidak mengapa kalau dia tidak mahu menurunkan video itu.

"Apa yang penting bagi saya, masalah antara kami sudah diselesaikan sepenuhnya. Saya kini tidak lagi berhutang apa-apa kepadanya," katanya.


Baru-baru ini, Da'i Syed menjadi perhatian warga maya menerusi video dikongsikan seorang wanita di Tik Tok yang kecewa dengan sikapnya apabila tidak melunaskan tanggungjawab membuat 'review' produk yang sudah dibayar.

Hampir setahun berlalu selepas mesejnya di Instagram tidak dibalas oleh Da'i Syed, difahamkan menerusi video tular itu akhirnya berjaya menyelesaikan permasalahan yang tergantung selama ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 30-8-2023 08:00 PM
Dah ambik duit, terlepas pandang konon. Lain la kalau booking kosong... poodah
Quote Aneem 31-8-2023 09:04 AM
Terlepas pandang sampai setahun?
Sebelum ni elok je kau msg akak tu.
Bila mintak refund terlepas pandang lak.
Choiii dasar hidung jambul bol tercepit.
Quote laksmanabentan 31-8-2023 09:08 AM
baru skrg da ada duit nak refund ker camna tu?
sebelum2 ini takde banker nak supply duit ker camna tu??
#tanya jer...
Quote Hoola 31-8-2023 09:24 AM
apalg la tuan syed oiii
Quote gideoncross 1-9-2023 12:31 AM
Seram tngok muka Hana kat video 2 dri bawah tu
Quote ira_sindarella 1-9-2023 12:34 AM
BAB DIA, SENANG PLAK CAKAP BUAT BUAT LUPA.

MOHON FOUNDER SAMAN DIA DUA JUTA.

Bab mangsa dia perli through video tiktok, laju nak ambik tindakan. Bab dia boleh plak buat toya, muka tak bersalah, mintak maaf gitu ja.

Fuck off betul dai ni.
Quote Fly_over 1-9-2023 12:37 AM
ko siap suh dia dtg kl berkali2… gilaaa hanna ko baca la msg laki ko tu puas2…

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.100667 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top