CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada Yang Rindu Dengan Lakonan Ayah?" Alami Masalah Jantung, Jalil Hamid Banyak Habiskan Masa Di Rumah

30-8-2023 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2299| Komen: 18

Jalil Hamid, 66, yang disahkan mengalami masalah jantung sebelum ini, kini banyak menghabiskan masa berehat di rumah.

Menerusi TikTok peribadinya @AyahJalilHamid, pelakon itu meminta peminat agar sentiasa mendoakan kesihatannya.


"Masih ada yang rindu dengan lakonan Ayah? Ayah sekarang banyak luangkan masa bersama keluarga...," tulisnya dalam keterangan video.

Foto: Harian Metro

Video terbabit memaparkan aktiviti Jalil bersama keluarga serta gambarnya ketika menerima rawatan di hospital.

Terdahulu, Jalil dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, pada awal Mac lalu akibat masalah jantung yang dihadapinya.

Jalil mengalami masalah pernafasan sebelum dibawa ke hospital berkenaan untuk rawatan.

Dia bagaimanapun memilih pulang ke rumah pada 7 Mac bagi memberikan ruang kepada mereka yang lebih memerlukan.

"Kalau nak ikutkan, saya masih lagi perlu dirawat di hospital. Tapi, saya kasihan melihat pesakit-pesakit yang lebih teruk keadaan mereka. Jadi, saya minta untuk dibenarkan pulang dan berehat di rumah.

"Kasihan saya lihat apabila ada sesetengah pesakit yang tak dapat katil. Ada yang perlu menunggu sehingga empat ke lima hari untuk mendapat katil. Bahkan, ada yang sampai terpaksa berbaring di laluan. Saya beritahu hospital, tak mengapa saya mengalah," katanya.

Di hospital, doktor menjalankan beberapa ujian termasuklah ujian darah. Di rumah, dia memerlukan oksigen dan tahap oksigen juga perlu dipantau. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 30-8-2023 04:09 PM
moga cepat sembuh dan terus kuat ye cik Jalil
membesar ngn lakonan beliau
paling best lagu ayam lagu raya
cerita baginda tu best dia jadi cikgu kan
i suka tgk cerita baginda tu
Quote 3chanceno 30-8-2023 04:15 PM
Semuga cepat sihat..antara pelakon yg berbakat & lagu2 yg menghiburkan.
Quote sofyayra 30-8-2023 04:24 PM
Antara pelakon yg gifted, watak serius, miang, kelakar atau yg baik semua best.
Semoga cepat sembuh.
Kalu nak berlakon, maybe boleh bagi watak yg tak heavy, tak byk cakap atau bergerak ke.
Quote chandrahusin 30-8-2023 04:36 PM
Semoga dipermudahkan urusan
& kembali sembuh
Quote ezacbee 30-8-2023 04:42 PM
pembacagosip replied at 30-8-2023 04:09 PM
moga cepat sembuh dan terus kuat ye cik Jalil
membesar ngn lakonan beliau
paling best lagu ayam lagu ...

Cite baginda tu scene dia makan megi nampak sedap.. dan2 tu gak aku masak megi.

Quote pembacagosip 30-8-2023 04:46 PM
ah ko hahahhahahha
pengaruh tv kuat ni
Quote supernaturalee 30-8-2023 05:01 PM
moga cepat sembuh


pnh nmpk heols dgn geng2 comedian di luar picc ms dh hbs ffm
serious ketat muka masing2
terus iol blah

tp jalil hamid ni sgt talented
watak ape je yg x blh dibawak
he nailed it!
he can sing too ya
ayam, raya, u name it

Quote cap_ayam 30-8-2023 05:05 PM
Semoga sihat selalu Pak Jalil Hamid.
Quote Thunderclouds 30-8-2023 05:07 PM
Antara retis yg aku xpernah appreciate waktu muda sbb tadak rupa plus mata x centre.
Dh berusia eh..lyn la pulak lagu² femes dia tuh.
Watak ayah² dia menjadi sgt.
Gws pacik jalil..
Quote isseliparjepun 30-8-2023 07:48 PM
Semoga diberi kesembuhan kepada pakcik Jalil. I suka lakonan dan lagu dia. Lagu ayam, lagu raya dengan lagu makanan pelik pelik tu among my favourite lah.
Quote naisyahmh 30-8-2023 08:20 PM
Get well soon
Quote Belibis 30-8-2023 08:24 PM
Cerita ' calon syurga' lakonan dia over sangat..tau la produk rasid sibir..hujan mencurah dalam rumah sampai lencun,walhal ada lagi bahagian rumah yang tak bocor.[em:3:]
Quote Jitu 30-8-2023 09:00 PM
lagu ayam dgn raya tu mmg zaman budak2 dulu suka sangat dengar
skrg ni pun masih suka
semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yg baik
Quote sleepandream 30-8-2023 09:30 PM
semoga sihat hendaknya...
Quote gideoncross 1-9-2023 12:29 AM
sofyayra replied at 30-8-2023 04:24 PM
Antara pelakon yg gifted, watak serius, miang, kelakar atau yg baik semua best.
Semoga cepat sembuh ...

Patutlah dah lama x dengar nama dia ni naik, smoga cpat smbuh
Quote nadie90 1-9-2023 12:43 AM
Kadang2 bila tgk YouTube p buka cerita lontong #tibah.....semoga dikurniakan kesembuhan buat uncle Jalil Hamid....xlupa buat uncle Raymond Goh jgk
Quote da_vinci 1-9-2023 08:48 AM
klu watak miang...huh menjadi sungguh....ingat dulu Lontong, komedi raya...ya Robbi dgn Ogy
Quote red_velvet 1-9-2023 09:14 AM
Pelakon lelaki yg paling i minat... Dalam Sekeras Kerikil lakonan JH memang terbaik. Walaupun masa tu dia muda lagi, dlm 40an mungkin ... Suka ulang2 tengok kat youtube

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.138466 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top