Sebak hati seorang ibu apabile mendapat tahu namanya didaftarkan sebagai penama hibah oleh arwah anak lelakinya. Berkongsi kisah itu, ejen Takaful Soffiyie Hassan berkata, arwah berasal dari Pasir Mas, Kelantan merupakan pekerja kedai makan, mula membuat caruman RM150 sejak penghujung 2021.
Ternyata, tindakannya memberi manfaat kepada ibunya serta seluruh ahli keluarga apabila hibah bernilai RM400,000 digandakan kepada RM809,947 selepas dia meninggal dunia. "Arwah usia 27 tahun. Anak sulung. Ayah dah lama meninggal. Arwah kerja kedai makan je. Meninggal dunia akibat kemalangan motosikal. Dia ambil hibah pada Disember 2021 dengan caruman RM150 sebulan. "Semasa hari kematian ejen ziarah ibu arwah tapi perkenal diri sebagai kawan. Selepas tiga hari ejen pergi jumpa secara personal dengan si ibu dan maklumkan arwah ada ambil hibah dan ibu jadi penama. Tapi ibunya tak tahu pun hibah tu apa.
"Lepas ejen explain barulah ibu arwah terkejut dan menangis terharu sebab dia penama. Anaknya tak pernah cerita pun dia ada ambil hibah. Hibah RM400,000 arwah ambil akan diganda menjadi RM800,000 sebab meninggal kemalangan," ceritanya. Video ketika ejen tersebut bertemu dengan ibu arwah turut dikongsi menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih hampir setengah juta tontonan. Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen termasuklah yang memuji arwah kerana masih mampu 'berbakti' meskipun telah meninggal dunia. "Sampai dia tak ada pun masih mampu menjalankan tanggungjawab. "Arwah anak yang bertanggungjawab kepada ibu dan keluarga. "Allahuakhbar, meninggal pun berjasa kepada ibunya," tulis beberapa netizen. Dalam pada itu, ejen takaful tersebut turut menggesa agar orang ramai membuka mata dan mula membuat caruman hibah meskipun dalam jumlah yang kecil. "Nasihat saya kepada orang ramai, mencarumlah hibah walaupun nilainya sedikit. Sangat membantu waris kita dalam banyak perkara terutama untuk memastikan kelangsungan hidup. "Kita yang tak pernah kehilangan ni susah nak rasa erti kepayahan dan kehilangan ketua keluarga. Tapi yang dah alami akan tahu susahnya bila tak ada ketua keluarga dan lagi-lagi apabila meninggalkan banyak hutang. "Bila berlaku kematian orang ramai datang ziarah dan ucap takziah. Tapi hanya waris si mati saja yang akan hadapi kehidupan selepas ni sama ada senang atau sengsara," ujarnya lagi. Sumber: mStar
|
krustykrab replied at 30-8-2023 01:22 PM
Apo la pi hebahkan mcm ni..kjp lagi tu berbondong la sedara la kwn baik la dtg mintak habuan
krustykrab: Apo la pi hebahkan mcm ni..kjp ...
msdummy.2018 replied at 30-8-2023 01:42 PM
Eh hibah tuh bukan ker tuk mentadbir pusaka jer...tetap mak dia kena agih kpd adik beradik lain (kal ...
msdummy.2018 replied at 30-8-2023 01:42 PM
Eh hibah tuh bukan ker tuk mentadbir pusaka jer...tetap mak dia kena agih kpd adik beradik lain (kal ...
noell replied at 30-8-2023 01:31 PM
tp neh hibah kan sure penama saja berhak tak yah faraid kan??
CikNano replied at 30-8-2023 01:40 PM
Yezza, same case ada wife tu heboh dia dpt hibah bila husband dia meninggal...haa mendapat la gang ...
msdummy.2018 replied at 30-8-2023 01:42 PM
Eh hibah tuh bukan ker tuk mentadbir pusaka jer...tetap mak dia kena agih kpd adik beradik lain (kal ...
ADVERTISEMENT