CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dahi, Lutut Dan Dada, Gambar Wanita Bertudung Dipaku Di Pokok, "Mungkin Disihir, Siapa Kenal Tolong Kongsi Biar Sampai Kepada Tuan Badan"

30-8-2023 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4044| Komen: 18

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut menemukan sekeping gambar dipaku pada sebatang pokok yang ditebang, dipercayai bagi tujuan sihir.

Di TikTok Nick Nurhafiza, perkara itu disedari oleh pekerja ayahnya yang sedang melakukan kerja-kerja menebang pokok, di tepi jalan kawasan Lundang.



“Tadi masa kerja-kerja tebang pokok pekerja kami ternampak sesuatu. Perbuatan khurafat menganiaya orang dan mungkin baru ja sebab gambar tak lusuh lagi

“Tempat yang dipaku ada tiga, bahagian dahi, lulut dan dada, sihir mati. Siapa-siapa yang kenal tolong kongsi biar sampai kepada tuan badan, kasihan dia,” katanya pada video.

Hantaran tersebut menerima reaksi pelbagai daripada orang ramai, malah ada yang turut berkongsi amalan bacaan beberapa surah untuk melindungi diri daripada sihir.



“Ulama pernah beritahu, di akhir zaman orang main sihir lebih dahsyat dari zaman firaun,” komen Annurrr.

“Rasanya paku tu untuk orang berubat sakit gigi. Dulu-dulu orang pandai akan paku pada kayu untuk yang sakit gigi,” ujar Maimunahkhairi.

“Saya pernah mengalami benda ni, dia datang pasung dekat pokok rumah saya. Saya tahu Allah SWT tetap bersama saya, kifarah itu nyata,” kongsi mMie mung.

“Boleh amalkan al- Fatihah, tiga Qul, ayat Kursi, insya-Allah tiada sebarang mudarat kecuali dengan izin Allah. Moga kita dilindungi,” saran seorang pengguna.

“Kita semua kena baca surah al-Khafi setiap hari. Semoga Allah lindungi kita semua daripada perkara-perkara syirik,” tambah CuTe Girl. – CARI

Sumber" Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 30-8-2023 12:27 PM
Kesiannya la.. kdg kita diam2 buat Hal sdri, jd kera sumbang pon still ada yg sakit ati..
Quote msdummy.2018 30-8-2023 12:54 PM
Katakanlah dia tuh sondol, scammer..or etc...

Apa kata acik2 forrumer sekalian..
Quote ninja boy 30-8-2023 02:25 PM
quran sedikit demi sedikit pulang
Quote edayildiz 30-8-2023 02:30 PM
serammmnya ikut budaya mana asik nk membomohkn org je..
tp kwn i org srwk ckpndia pun tkt ngn org iban kg dia..xsuka sikit trus jampi
Quote dua_chzy 30-8-2023 02:44 PM
msdummy.2018 replied at 30-8-2023 04:54 AM
Katakanlah dia tuh sondol, scammer..or etc...

Apa kata acik2 forrumer sekalian..

Maka kita ubah ayat; selayaknya biar mampos. Boley?
Quote chilly 30-8-2023 04:26 PM
msdummy.2018: Katakanlah dia tuh sondol, sca ...


Still tak berbaloi utk sihir org.
Quote dani-rox 30-8-2023 07:32 PM
wpun bukan isu semasa sangat, akak bump thread ni ye dek
Quote B40tastePosh 30-8-2023 11:14 PM
Allah sebaik-baik menghukum.
Quote grouper 31-8-2023 12:26 AM
Pemimpin2 politik ni xde org sihirkan ke...balik2 kes cemburu, iri hati n berskandal je main sihir ni, x pun geng kedai makan ..bosan betul
Quote lanacondor 31-8-2023 08:28 PM
grouper: Pemimpin2 politik ni xde org s ...
jgn di ajar geng2 santet ni. Kang di buatnya betul2
Quote green~tea 31-8-2023 08:47 PM
grouper replied at 31-8-2023 12:26 AM
Pemimpin2 politik ni xde org sihirkan ke...balik2 kes cemburu, iri hati n berskandal je main sihir n ...

Mana u tau pemimpin politik tak disihir? Biasa2 deme ni ada "penjaga"?
Quote dua_chzy 31-8-2023 09:02 PM
grouper replied at 30-8-2023 04:26 PM
Pemimpin2 politik ni xde org sihirkan ke...balik2 kes cemburu, iri hati n berskandal je main sihir n ...

Jin/asokar belaan deols lagik kuat da...
Quote dua_chzy 31-8-2023 09:04 PM
green~tea replied at 31-8-2023 12:47 PM
Mana u tau pemimpin politik tak disihir? Biasa2 deme ni ada "penjaga"?

Betul tu.

Segala mala pendiding kiri kanan depan belakang hada. Sebab tu aku syak walau dilanda kontroversi macam si Azmin tu, tetap la juga menang PRN.
Quote gigahertz 3-9-2023 12:46 AM
green~tea: Mana u tau pemimpin politik tak disihir? Biasa2 deme ni ada "penjaga"?

kalau yang tertinggi kena santet . TPM ambil alih kan ?
macam cerita white house down tu
Quote boo09 19-12-2024 01:53 PM
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.046086 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top