CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Empat Hari Tayangan, Filem Malbatt: Misi Bakara Meraih Kutipan RM10.5 Juta

30-8-2023 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8048| Komen: 56

Selepas empat hari tayangan, filem Malbatt: Misi Bakara meraih kutipan RM10.5 juta.

Filem yang memberi perspektif sebenar insiden 'Black Hawk Down' membabitkan operasi berani mati anggota Batalion Malaysia (Malbatt) menyelamatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di Mogadishu, Somalia, kira-kira 30 tahun lalu.


Foto: IG

Pengarah Malbatt: Misi Bakara, Adrian Teh sangat teruja atas sambutan penonton, apatah lagi, naskhah itu ditayangkan sempena sambutan Hari Kebangsaan, esok.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang sudah menonton dan sudi pergi tengok filem ini di pawagam.

"Bagi saya, sambutan ini sudah tentu memberi inspirasi dan semangat kepada kami, selain, motivasi. Saya sangat bangga atas pencapaian ini.

"Jadi, kami akan teruskan perjuangan untuk mempromosikan filem Malbatt: Misi Bakaraa.

"Sebenarnya, kami ada banyak lagi yang mahu dipromosikan untuk menarik lebih ramai lagi rakyat Malaysia menonton filem ini," katanya kepada BH Online.



Mengulas apakah filem Malbatt: Misi Bakara mampu mengatasi kutipan filem arahannya sebelum ini, iaitu Paskal The Movie, Teh hanya mengharapkan yang terbaik.

"Saya tidak berani cakap kerana perjalanan untuk filem Malbatt: Misi Bakara baru bermula, jadi masih jauh lagi. Kita tengok macam mana dan harap yang terbaik," katanya.

Pada 2019, Paskal yang mengangkat kisah unit pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang juga naskhah sulung Adrian meraih kutipan RM30 juta.


Teh berkata, idea menghasilkan filem Malbatt: Misi Bakara timbul selepas menyedari misi menyelamatkan anggota tentera AS yang dipaparkan melalui filem Hollywood, Black Hawk Down pada 2001.

Sehubungan itu, Teh berharap kisah pahlawan negara itu dapat menyemai rasa cinta terhadap tanah air sempena bulan kemerdekaan.

"Filem ini diilhamkan daripada kisah benar. Ia berkisar keberanian dan kehebatan tentera Malaysia yang tidak ramai orang tahu.

"Seperti kita tahu, anggota tentera kita semuanya 'low profile' dan tidak suka memuji kehebatan mereka sendiri.

"Namun, saya fikir mereka adalah 'unsung heroes' (wira yang tidak didendang) yang patut diangkat.

"Jadi, sempena bulan kemerdekaan ini, saya harap ramai rakyat Malaysia pergi menonton filem Malbatt: Misi Bakara supaya lebih ramai tahu kehebatan mereka.

"Terima kasih kepada tentera Malaysia atas jasa dan pengorbanan mereka," katanya.


Filem Malbatt: Misi Bakara yang mula ditayangkan di pawagam sejak 24 Ogos lalu, menampilkan pelakon hebat seperti Bront Palarae; Shaheizy Sam; Hairul Azreen; Zahiril Adzim; Iedil Dzuhrie Alaudin; Adlin Aman Ramlie; Fauzi Nawawi dan Tony Eusoff.

Filem ini memaparkan kisah benar operasi anggota Malbatt membantu menyelamatkan tentera AS yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada 1993.

Operasi itu menyaksikan tindakan berani mati anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis daripada Malbatt 1 menyelamatkan 70 anggota tentera AS yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irvene 30-8-2023 11:37 AM
yeke? mcm propa je
Quote jambatannetizen 30-8-2023 11:41 AM
I menyampah laa tengok kalau movie askar2 jek mesti ada kekrul.. xde orang lain ke?
Quote babelina 30-8-2023 11:50 AM
aku tgk gran turismo.. best giler.. tp tingin nk tgk citer nie gak..
Quote prettyuglybabe 30-8-2023 11:55 AM
i akui i jugak menyumbang
ikutkan malas sebab ada kekrul fifi segala..
tapi kalah sebab nak tau history black hawk down tu..
and tak menyesal la gi tengok..
Quote ilahaz 30-8-2023 02:40 PM
ye betul tu, tgk sbb nk tahu malbatt side of story.. hebat army kita.. scene kekrul sib baik tak la byk pun
Quote takayama 30-8-2023 03:14 PM
dah tgk cerita ni
bg kaka best juga
pelakon pun ramai yg dikenali
hrp makin meroket kutipannya sebg tanda sokongan utk para tentera kita
Quote virgocircus 30-8-2023 03:24 PM
Congrats team malbatt
Quote liton 30-8-2023 03:35 PM
Mmg best. Macam langit dgn bumi kalau nak dibandingkan dgn mat kilau yg tah apa-apa tu.
Quote twinkystar 30-8-2023 04:05 PM
Filem ni okay not bad, tapi byk betul screen time dafi????
Quote Afifi82 30-8-2023 04:13 PM
So.. Kekrul xjd resign berlakon ka?
Quote pembacagosip 30-8-2023 04:24 PM
jambatannetizen replied at 30-8-2023 11:41 AM
I menyampah laa tengok kalau movie askar2 jek mesti ada kekrul.. xde orang lain ke?

filem air force x ada dia

Quote pembacagosip 30-8-2023 04:25 PM
twinkystar replied at 30-8-2023 04:05 PM
Filem ni okay not bad, tapi byk betul screen time dafi????

ye banyak kut mcm eemmmm dafi ok la
sbb time tu apak dia jdi PM so aku rasa dia terpilih sbb tu
skrg kan dah senyap balik
ada je pelakon lain yg boleh bawa watak dia tu lebih baik
tapi so far ok laaaaaa
Quote makcik_d 30-8-2023 04:31 PM
ye. best citer ni. anak makcik yg kecik pun tiba tiba nak jadi askar katernye. jadi malbatt ????
Quote NazRysha 30-8-2023 04:31 PM
iedil tu aku ingatkan ashraf muslim
hensem lahhhh
Quote Perawankota 30-8-2023 05:15 PM
Semoga dapat balik modal lah dah abis 20juta… aku ujung minggu ni lah nak pi tgk…
Quote likilu 31-8-2023 04:33 PM
Geran ke
Ticket free ke
Wajibkan org tertentu tengok ke
Quote conget 31-8-2023 08:17 PM
prettyuglybabe replied at 30-8-2023 11:55 AM
i akui i jugak menyumbang
ikutkan malas sebab ada kekrul fifi segala..
tapi kalah sebab nak ta ...

Iols pun pi.i have no regret .tapi sesuai dengan anak2 yg dah besar sebab quite dry and heavy.apa2 pun Tuan Director good job.this film should be shown to those in high schools and university.sekolah2 tempah la satu dewan.barulah budak suka sejarah and ade semangat kenegaraan
Quote doubleA 31-8-2023 08:20 PM
Harap next week masih ada iols nak g tengok sakit mata pulok, kena la sembuh dulu
Quote anilanil 31-8-2023 08:28 PM
jambatannetizen replied at 30-8-2023 11:41 AM
I menyampah laa tengok kalau movie askar2 jek mesti ada kekrul.. xde orang lain ke?

Ok la kekrul focus movie askar. Kalo kekrul amik job movie romantik, heroine pulak keknis lagi hamjad. Kena pulak special appearance, model 80an, choyy...

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.078849 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top