CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Muda Yang Kahwin Dan Beranak Bakal Dapat Ganjaran Wang Tunai Dan Pelbagai Subsidi

30-8-2023 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2197| Komen: 3

Hong Kong: Sebagai ganjaran untuk pasangan muda yang berkahwin pada usia 25 tahun atau lebih muda, sebuah daerah di timur China menawarkan elaun sebanyak 1,000 yuan atau (kira-kira RM636).

Langkah terbaru itu adalah insentif bagi menggalakkan golongan muda berkahwin di tengah kebimbangan mengenai kadar kelahiran yang semakin menurun.

Dalam notis di akaun WeChat rasmi daerah Changshan minggu lalu ada dinyatakan mengenai ganjaran itu yang bertujuan untuk menggalakkan anak muda berkahwin dan melahirkan anak 'pada umur yang sesuai'.

Foto: AFP

Ia juga termasuk subsidi penjagaan anak, kesuburan dan pendidikan untuk pasangan yang mempunyai anak.

Kebimbangan susulan penurunan populasi pertama China dalam enam dekad dan penduduknya yang semakin tua mendorong pihak berkuasa segera mencuba pelbagai langkah untuk meningkatkan kadar kelahiran.

Ia termasuk pemberian insentif kewangan dan kemudahan penjagaan kanak-kanak yang lebih baik.


Had umur untuk berkahwin mengikut undang-undang China adalah 22 untuk lelaki dan 20 bagi wanita.

Bagaimanapun, bilangan pasangan berkahwin menurun sekali gus menurunkan kadar kelahiran.

Polisi rasmi juga menyukarkan wanita bujang untuk mempunyai anak.

Kadar perkahwinan mencecah rekod terendah pada tahun lalu iaitu 6.8 juta dan ia adalah yang terendah sejak 1986, menurut data kerajaan dikeluarkan Jun lalu.

Terdapat lebih 800,000 perkahwinan pada tahun lalu, berbanding 2021.

Kadar kesuburan China antara yang terendah di dunia dan dianggarkan turun ke paras terendah 1.09 pada tahun lalu, lapor media kerajaan.

Kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi dan terpaksa berhenti bekerja menyebabkan ramai wanita tidak mempunyai lebih banyak anak atau untuk mempunyai anak sama sekali.

Diskriminasi jantina dan stereotaip terhadap wanita yang sepenuh masa menjaga anak juga masih berleluasa di seluruh negara.

Keyakinan pengguna yang rendah dan kebimbangan terhadap keadaan ekonomi negara juga juga antara faktor utama golongan muda di negara itu enggan berkahwin serta mempunyai anak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo09 19-12-2024 01:54 PM
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.079056 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top