CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Asyik Abang Sado Sahaja Jadi Perhatian, Mengapa Tidak Pendakwah Dijadikan Viral?

18-11-2015 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 16602| Komen: 28

Oleh Izzah Abbasy

'Wahh, abang sado lah! Handsome nya. Nak pergi gym lah nanti!'

'Tiap hari rasa nak sakit, nanti abang sado boleh tolong angkat pergi hospital'

Alamak, doktor sado lah! Nak pergi mintak MC lah. Rasa macam tak sihat saja hari ini.


Pelbagai komen dan pandangan netizen apabila melihat abang-abang sado atau lelaki yang mempunyai susuk tubuh mengancam ini memuat naik gambarnya ke laman media sosial ataupun di hadapan mata. Tak kira di Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Lumrah manusia, sukakan yang sempurna dan sedap mata memandang. Namun, suka melampau atau puja lebih-lebih pun tak boleh juga. Bukannya memberi sejuta kebaikan pun kepada kita. Betul tak? Adakah dengan 'Sado' sahaja boleh kongsi pahala dengan kita? Besar kemungkinannya TIDAK.

Mengapa tidak jadikan golongan yang 'elok' hati dan jiwanya sebagai idola mahupun sebagai ikutan. Contohnya, pendakwah di negara kita yang semakin hari semakin diterima baik dalam kalangan netizen.

Contohnya, pendakwah pertama yang muda dan mempunyai wajah yang cukup tampan, Ustaz Don Daniyal Biyajid malah sangat bersahaja dalam menyampaikan dakwah beliau. Beliau berjaya mengubah dunia dakwah supaya lebih mudah diterima ramai.



Ustaz Don sangat bijak dalam mengenakan pakaian di hadapan mahupun belakang kaca televisyen. Sewaktu awal kemunculannya, dia pernah membuatkan hati wanita cair melihatnya. Ketika itulah, ramai yang berjinak dan menjurus ke arah ceramah mahupun usrah. Bukan kerana diri dan penampilan Ustaz Don, sebaliknya daripada penyampaian ceramah dan ilmu agamanya mengubah kita menjadi lebih baik.

Kemunculan Imam Muda Asyraf juga telah mengubah persepsi orang ramai dalam dunia dakwah. Imam Muda Asyraf dilihat lebih membawa imej moden dan sangat mudah untuk didekati. Ramai para wanita tertarik untuk mendekati ilmu agama dengan beliau.


Bahkan, baru-baru ini program Pencetus Ummah juga telah menampilkan 'Ustaz Sado'. Dikenali dengan panggilan PU Abu yang baru sahaja menamatkan pengajian di Mesir, sekaligus menjadikan beliau sebagai peserta kegemaran dan memiliki wajah yang tampan pasti ramai akan mengikuti ilmuan beliau kelak.




Sekurang-kurangnya, idola seperti ini boleh membawa kita ke arah yang lebih baik dan bermanfaat. Bukan paras rupa yang dinilai, tetapi akal dan ilmu yang tinggi dapat mengubah seseorang itu ke arah kebaikan. - CARI Infonet  

13

Bagus
15

Marah
20

Terkejut
26

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 18-11-2015 05:06 PM
khas utk para jejaka
Quote nizamXF 18-11-2015 06:13 PM


Quote Kak-Leen 18-11-2015 06:35 PM
Sgt2 setuju.. Tp org sekrg punya taste.. Sana sado, sini sado...

Tapi akak x lalu tgk kesadoan memasing ni.... Adik akak nak menyadokan diri pun akak kata x payah... Yg penting sihat..x sado pun xpe...
Quote revolusi_30 18-11-2015 08:00 PM
Mana Imam Muda Najdi.   Akak syak beliau ummah almari

@Changa
Quote Mary_jane 18-11-2015 08:24 PM
Saya tetap suka yang messy2, ala2 rockstar tak sado, tak cikeding.
Quote sambaldurian 18-11-2015 09:13 PM
Xleh challenge ustaz razis Ismail.ada isteri dan gundik.
Quote Changa 18-11-2015 10:01 PM
revolusi_30 replied at 18-11-2015 08:00 PM
Mana Imam Muda Najdi.   Akak syak beliau ummah almari

@Changa

akak dah google gambar heshe, macam bottom jah heshe?
Quote revolusi_30 18-11-2015 10:31 PM
Changa replied at 18-11-2015 10:01 PM
akak dah google gambar heshe, macam bottom jah heshe?

Kan... Sis tgk ig pun tahu.  Akak bersangka baik jah la.  Harom bergambar dgn cikki.  lol
Quote turboturtle 18-11-2015 10:46 PM
sado = gemuk
Quote barfi 18-11-2015 10:56 PM
Tak perlu la sado. Janji kemas dan ikhlas dalam menyampaikan dakwah.
Quote setokinpurple 18-11-2015 11:01 PM
Tak perlu sado. Fit sudah. Tidak gelebeh dan selekeh
Quote nist02 19-11-2015 12:50 AM
Lebih2 sngt timbul fitnah plak ti... haih...hati dan fikiran manusia kan x sama..
Quote yusryimran 19-11-2015 07:21 AM
owhh cair hakak melihat kesemua lelaki idaman malaya
Quote Emperor95 19-11-2015 11:57 AM


Quote CrowneGlory 19-11-2015 01:53 PM
Serap muslim xde siapa nk idolakan
Quote Jerambut 19-11-2015 03:08 PM
Tajuk tu soalan. Meh nak bagi jawapan cari pasal.

Sebab sado sado ni, viral utk shahwat. Ada orang suka tengok. Kalau ada tak suka tengok, tu kau punya pasal. Dia jadi viral pasal orang suka fantasi benda berkaitan shahwat. Mungkin ada tak ske, tak ske la, geli la, so bukan utk kau. Pasal ramai jugak yg yummi, merembes, segala... ada je orang suka tengok. Macam artis hensem la. Perempuan suka tengok, pasal nafsu suka kat lelaki. Itu normal, wajar tak wajar, moral tak moral, tu topik lain.

Kalau orang berkait agama pun nak buat gitu, masalah. Nanti diorang lebih dikenali sebab orang suka tengok. Tak salah, tapi jadikan itu nombor 4,5. Bukan no-1 yg utama. Biar diorang popular pasal kualiti ilmu yg disampai. Macam sesetengah tokoh dakwah kat luar. Sebab kualiti ilmu dia, cara dia sampai, orang suka nak dengar. Kalau pasal hensem, awek suka tengok, tak der jaminan pun, objektif dakwah tercapai. Tu yg jadi, ustaz playboya la kasanove la...awek feeling Muslimah ikoooot la usetat hensem nih, pasal ke arah iman till jannah gitu. Last-last jadi bini yg ke 5, pasal bukan takat poligami aje. Plus ajaran sesat lagi.  

Okay, habis cari pasal. Nak suka tak suka lantak ah.
Quote cumulonimbus 19-11-2015 06:46 PM
revolusi_30 replied at 18-11-2015 08:00 PM
Mana Imam Muda Najdi.   Akak syak beliau ummah almari

@Changa

gigih google... inosen jer muka dia....
Quote BebeQ 20-11-2015 01:12 PM
ustaz2 yang nampak fresh ni bagus juga ya.
Quote kivio 6-12-2015 07:31 AM
Nyampah ah aku ngan usetatdon tu.
Kejap kopiah, kejap serban, kejap baseballl cap.
Takde imej usetat langsung.

Patut la ilmu yang disampaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Cakap tak serupa bikin.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.057939 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top