CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sakan Menayang Kaya Di Tiktok- Amah Kantoi Curi Duit Majikan, Siap Hantar Belanja Ke Kampung

30-8-2023 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2385| Komen: 7

Singapura: Seorang wanita pembantu rumah dihukum penjara tiga bulan selepas didapati bersalah mencuri sampul wang berisi 7,000 dolar Singapura milik majikannya.

Portal Today Online melaporkan, tertuduh Nurfiyawati, 36, sebelum itu mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.


Perbuatan Nurfiyawati terbongkar selepas majikannya, Sim Yuan San terjumpa akaun TikTok wanita itu dan melihat sampul wang diberikan bapa mentuanya dalam video dimuat naik pembantu rumahnya.

Gambar Hiasan

Dia kemudian memeriksa bilik Nurfiyawati dan menemukan beberapa sampul yang sudah kosong.

Selepas disoal, Nurfiyawati mengaku mencuri sekurang-kurangnya 7,000 dolar Singapura (kira-kira RM24,008) daripada majikannya, yang kebanyakan daripada wang itu dihantar ke Indonesia.

Susulan pengakuan Nurfiyawati, Sim kemudian melaporkan kecurian itu kepada polis.

Difahamkan, Nurfiyawati bekerja dengan Sim sejak Januari tahun lalu dan tugasnya termasuk membersihkan, memasak dan menjaga anak lelaki majikannya yang berusia empat tahun.

Ketika keluarga majikannya bercuti di Korea Selatan pada Mei tahun lalu, Nurfiyawati mengambil kesempatan dengan menggeledah bilik Sim, sebelum menemukan sebuah kotak yang mengandungi kira-kira 50 hingga 60 sampul merah berisi antara 10 dolar Singapura (kira-kira RM34.30) dan 400 dolar Singapura (kira-kira RM1,372).

Dia mengambil dua paket sampul itu dan menyimpan wang berkenaan, kata pegawai pendakwa negeri Lam Peng Choy.

Menurut pendakwa raya, Nurfiyawati melakukan perbuatan itu sekurang-kurangnya 32 kali antara Mei dan 21 Ogos tahun lalu, serta terus mencuri dua paket sampul merah berisi wang setiap minggu dari kotak sama, kata pendakwa raya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 30-8-2023 12:25 PM
Amah ndon di malaysia pulak gigih menayang minum kopi hotel 5 bintang, upah cebok bini tua.
Quote rospinki 30-8-2023 12:27 PM
tikusmontok replied at 30-8-2023 12:25 PM
Amah ndon di malaysia pulak gigih menayang minum kopi hotel 5 bintang, upah cebok bini tua.{:gif_lau ...

hahaha kemain menayang takat minum kopi instant kt otel cabok..ni duit curik pun siap tayang. yg pelik-pelik aja indon
Quote boo09 19-12-2024 01:55 PM
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.119711 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top