Seorang pengguna Facebook memuat naik sekeping foto menunjukkan keadaan burger yang dibeli di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R) namun tidak dinyatakan lokasi. "Masuk neraka terus je la (peniaga) yang jual burger macam ni dekat R&R," katanya merujuk kepada burger yang hanya mengandungi roti dan daging tanpa sayur.
Tambahnya dia tidak mempunyai isu jika peniaga menaikkan sedikit harga bagi makanan tersebut memandangkan kos bahan mentah yang semakin meningkat. "Burger ni harga dia RM3. Kalau ye pun kos mahal, buatlah macam burger betul-betul. Harga letak mahal sikit pun tak apa janji cukup sifat burgernya. "Ada timun dan mayonis pun kira okey dah. Banyak kali juga beli burger dekat R&R tak ada pula macam ni. Kali ni je kena scam (tipu)," tulisnya di ruangan komen. Hantaran tersebut mengundang kecaman netizen setelah ia tular di Facebook.
Malah ada juga yang menyamakan keadaan makanan dijual sama seperti burger yang biasanya dijual kepada penonton di stadium ketika perlawanan bola sepak. "Burger stadium be like. Level burger stadium ni. "Ingatkan burger stadium bola," komen netizen. Selain itu, ada juga yang meluahkan pengalaman mereka berdepan perkara sama. "Pernah kena juga. Daging tu keras sampai tak boleh gigit. "Sudahlah sejuk. Empat hari lepas punya pun masih perangat. "Burger 'syahdu' ni. Terasa sedih je bila makan," komen beberapa netizen lain pula. -CARI Sumber: mStar
|
hayrin86 replied at 30-8-2023 10:07 AM
Prefer burger yang tanpa sayur/timun/telur berbanding yang dengan sayur/timun/telur.. Hanya mayonis ...
pengecatbintang replied at 30-8-2023 11:44 AM
penjual tu tak paksa pong ko beli
kalo rasa x berbaloi
Pajeri_Nenas replied at 30-8-2023 11:58 AM
MN dia tahu burger tu mcmana
ADVERTISEMENT