CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adik Beradik Ngasri Tak Pernah Ada Kontroversi Panas Sebab Jaga Hubungan Baik Dengan Media

30-8-2023 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3798| Komen: 13

Anak-anak Ngasri tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi panas.

Menurut Anne Ngasri, 39, lebih tiga dekad bergiat aktif dalam dunia hiburan, dia mengakui hubungan baik yang terjalin dengan pihak media banyak membantu kerjaya seni mereka adik-beradik.


Kata Datin Anne, dia dan abangnya iaitu Bell Ngasri dan kakaknya, Darling Ngasri sebelum ini membesar dengan tidak terdedah kepada sebarang laporan kontroversi.

Foto: IG

"Kami ini membesar dalam industri seni. Kami juga pernah merasa zaman di mana pihak media tidak terlalu hangat seperti hari ini.

"Saya rasa kami sentiasa menganggap media ini sebagai salah satu sistem sokongan bagi kerjaya kami adik beradik dalam industri ini.

"Tapi Alhamdulillah sebab kami membesar bersama dan dengan pihak media pun dah macam ibarat sebuah keluarga," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Anne memberitahu mereka sekeluarga sangat menghargai pihak media yang selama ini memberikan sokongan terhadap kerjaya seni mereka.


Tambah Anne, dia bersyukur kerana sejak daripada dahulu lagi, hubungan mereka bersama rakan media sudah seperti sebuah keluarga.

Foto: IG

"Saya dan keluarga memang sangat menghargai pihak media... kalau dulu pun ambil gambar mesti ada kami tiga beradik. Mesti cerita fasal keluarga kami dan semuanya baik-baik.

"Bila kita berada dalam satu keluarga besar, saya percaya media-media dari zaman saya kecil lagi sudah menganggap kami sebagai keluarga, jadi mungkin mereka pun tidak mengeluarkan cerita-cerita (gosip) kami yang agak tidak sesuai," ujarnya.

Bagaimanapun, Anne tidak menganggap dia dan adik-beradik yang lain tidak pernah melakukan kesilapan, namun menyifatkan pihak media sebagai tembok untuk menapis segala kekurangan yang ada pada diri mereka.

"Bohonglah kalau saya cakap kami tidak melakukan kesilapan. Kami pun manusia biasa ada buat silap.

"Tapi mereka (media) juga yang menjadi benteng kepada kami... Alhamdulillah sehingga kini tidak ada cerita yang tidak elok tentang keluarga kami yang disiarkan pihak media," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shahman86 30-8-2023 10:05 AM
Apa pulak takde anne dulu kes cerai dgn ex laki dia.darling kes dia taknk kahwin dgn wartawan tua hmetro tu.lps tu production dia tipu ke apa.bell dulu cerai dgn bini lps tu rujuk balik.makbapak dia cerai di usia senja pon ada juga.cuma kes makbapk dia tak kecoh mcm nd lalat aje.apa pula family ni takde kontroversi
Quote prettyuglybabe 30-8-2023 10:33 AM
Shahman86 replied at 30-8-2023 10:05 AM
Apa pulak takde anne dulu kes cerai dgn ex laki dia.darling kes dia taknk kahwin dgn wartawan tua hm ...

memang ada je..tapi dia macam cerita situ habis situ..takde masuk column sok sek kontroversi ke apa..

artikel buat cukup syarat je..
macam kisah anak tak cukup bulan..
sapa tau, tau..
sapa ingat, ingat..
yang tak tau, sudah



Quote bulalof 30-8-2023 02:15 PM
lets move on now, shall we?
Quote Sazreena 30-8-2023 03:15 PM
Shahman86: Apa pulak takde anne dulu kes cerai dgn ex laki dia.darling kes dia taknk kahwin dgn wartawan tua hmetro tu.lps tu production dia tipu ke apa.bell dul ...


Yup...ada je kes dorang tapi x berlarutan..

Quote kucingitam 30-8-2023 03:18 PM
prettyuglybabe replied at 30-8-2023 10:33 AM
memang ada je..tapi dia macam cerita situ habis situ..takde masuk column sok sek kontroversi ke ap ...

haaa betul, ada tu ada tapi takde la sampai masuk forum berbelas thread, sister sedih ibu cry bagai..
Quote JunkMail 30-8-2023 03:30 PM
Apasal mak apak diorang ni bercerai bila dah tua bangka?
Quote Pujangga22 30-8-2023 03:44 PM
kontroversi biasa jer...xdelah story psl sondol laki org or pic gmbr bogel2
Quote chilly 30-8-2023 04:31 PM
Lepas ni jagala. Ko silap sikit nurtizen susun kronologi silap salah kau dolu2. Jangan merentan sudeh.
Quote supernaturalee 30-8-2023 05:11 PM
jgn buat statement terpaling
ko ckp elok2 pun dh bersusun yg bg tu


Quote dua_chzy 30-8-2023 05:18 PM
Shahman86 replied at 30-8-2023 02:05 AM
Apa pulak takde anne dulu kes cerai dgn ex laki dia.darling kes dia taknk kahwin dgn wartawan tua hm ...

Tapi meka masa budak dan remaja memang bersih, wangi habis dari sebarang kontroversi. Cerita2 yang ko sampaikan tu pun, idok teruk sangat banding retis lain.
Quote Prickford 30-8-2023 06:07 PM
Shahman86 replied at 30-8-2023 02:05 AM
Apa pulak takde anne dulu kes cerai dgn ex laki dia.darling kes dia taknk kahwin dgn wartawan tua hm ...

Nasib masa kes camni perkataan "viral" tu tak wujud. Cerita situ, habis situ.

Quote zuriey 30-8-2023 06:39 PM
So mmg btl la kena beli jiwa wartawan
Mcm artis bernombor selalu velanja wartawan
Quote sleepandream 30-8-2023 09:55 PM
Shahman86 replied at 30-8-2023 10:05 AM
Apa pulak takde anne dulu kes cerai dgn ex laki dia.darling kes dia taknk kahwin dgn wartawan tua hm ...

darling dgn wartawan tua tu iols ingat... kontroversi tak panas sgt sbb theyols pun tak meletop mana...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.215560 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top