CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Kekasih Kena Tangkap Curi Barang Kemas, Acah-Acah Nak 'Try'

29-8-2023 09:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2884| Komen: 7

Ampang: Helah pasangan kekasih pura-pura melihat dan mencuba barangan kemas sebelum melarikan gelang bernilai RM618 akhirnya tumpas apabila ditahan di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang ketika seorang pekerja wanita berusia 25 tahun itu didatangi pasangan kekasih untuk membeli cincin di sebuah kedai emas di Jalan Mamanda, di sini, Sabtu lalu.

Gambar hiasan

Katanya, suspek wanita berusia 26 tahun pada mulanya meminta pekerja terbabit membawa keluar tiga bentuk cincin yang diletakkan atas dulang pameran sambil dia mencuba salah satu gelang.

“Pasangan terbabit kemudian bersetuju membeli sebentuk cincin dengan harga RM308. Mereka cuba buat pembayaran secara pindahan wang tetapi pihak syarikat tidak menerima sebarang bayaran.


“Selepas itu pasangan terbabit tidak jadi membeli cincin berkenaan kerana pembayaran tidak boleh diterima dan beredar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Azam, tidak lama kemudian, pekerja terbabit sedar seutas gelang tangan yang dicuba suspek hilang disyaki curi.

“Ekoran itu, polis menahan lelaki berusia 35 tahun bekerja sebagai penghantar barang dan wanita itu pada pukul 8.30 malam di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, semalam.

“Rampasan turut melibatkan tiga telefon bimbit pelbagai jenama, dua helai seluar warna coklat, sepasang kasut, Perodua Myvi berserta kunci, seutas rantai tangan, sebuah topi dan sehelai t-shirt warna putih,” katanya.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati modus operandi kedua-dua suspek menyasarkan kedai emas

Tambah Mohd Azam, suspek pertama mempunyai empat rekod jenayah manakala suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah.

“Ujian air kencing ke atas suspek pertama dan kedua positif morphine, opiate dan benzo,” katanya.

Katanya, mereka direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 29-8-2023 11:53 PM
Bonnie and clyde versi x berapa jd, tp sape yg suspek pertama , suspek kedua ni. Suspek pertama pelaku jenayah tegar jgk ni dgn mcm2 dadah guna ni.
Quote miznora 30-8-2023 04:42 AM
Pasangan secocok sehati sejiwa
[em:12:]
Quote msxx 30-8-2023 07:55 AM
Ada lagi junkiea makan dadah cucuk2 ni ye. Opiat tu morphine, heroin etc lah kan. Benzo tu lagu mana pulak?
Quote prettyuglybabe 30-8-2023 10:23 AM
murahnya gelang dengan cincin dia curi..
berapa gram beratnya tu?
tak berbaloi langsung..
Quote norawestallen 30-8-2023 01:54 PM
curi untuk beli dadah ke? eloklah tu. pasangan sehati dua sejoli
Quote pocongkiutss 30-8-2023 02:51 PM
Takleh tunjuk muka ke

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050539 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top