CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Individu Tampil Beri Penjelasan Bawa Pelajar Tahfiz Ke Konsert

29-8-2023 08:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5527| Komen: 39

Petaling Jaya: Seorang individu tampil menjelaskan tindakannya membawa kumpulan pelajar tahfiz ke konsert KEPCI Music Fest di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini.

Individu tersebut yang dikenali sebagai Andrie Ung Han Xiang berkata, pihaknya yang bertanggungjawab membawa pelajar terbabit ke festival itu dan perkara tersebut tidak melibatkan pihak penganjur mahupun kerajaan.


Tangkap layar video tular memaparkan pelajar tahfiz hadir di sebuah konsert yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini.

Katanya, dia bersama rakannya berjaya mengumpulkan sumbangan bagi membawa kira-kira 700 anak yatim dari 22 rumah kebajikan seluruh negara ke festival berkenaan.

“Inisiatif ini adalah sepenuhnya daripada kami yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri festival itu.

“Tujuan kami ikhlas menjemput mereka bersama memeriahkan festival yang turut menyediakan permainan kanak-kanak dan aktiviti lain serta persembahan daripada penyanyi tempatan yang boleh dihadiri semua masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Andrie berkata, pelajar memakai jubah hijau dan berserban putih yang dilihat berada di tempat duduk penonton itu adalah dari sebuah pusat tahfiz di TTDI Jaya, Selangor.

“Mereka adalah anak pelarian Rohingya yang hampir tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Kami berdukacita atas ketidakpuasan hati dan menyinggung perasaan pihak tertentu yang terkesan dengan isu ini,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah rakaman video menunjukkan kehadiran pelajar tahfiz menonton konsert di festival hiburan itu tersebut yanh turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 29-8-2023 08:29 PM
"Tujuan kami ikhlas menjemput mereka bersama memeriahkan festival yang turut menyediakan permainan kanak-kanak dan aktiviti lain ..."

Who cares ko ikhlas ka idok ini program lagha sila masuk neraka sorang2 k.
Quote tumpanglalu74 29-8-2023 08:31 PM
Naseb baek angkare sepet..  Kalo melayu mesti sampai masok jel netizen buad.
Quote Belibis 29-8-2023 09:15 PM
Ko bawak budak2 srjkc sudah laaa..anak cina pun ramai lagi yang tak pernah pergi konsert.
Quote MissYouSayang 29-8-2023 09:29 PM
Cam siaL...
Quote Skuau 29-8-2023 09:34 PM
Dia habaq...ANAK ROHINGYA naaa...decaff tulis...'sila masuk neraka sorang2 k'.
Quote kemaruk 29-8-2023 10:10 PM
Anak rohinja anak surga
Quote anony-mous 29-8-2023 10:14 PM
Ajak ank org lain masuk melaka mcm ko jgk ke
Quote pengecatbintang 29-8-2023 10:15 PM
bukan ker ramai rekyat Mesia n forumer2 cari mmg benci ngan Rohingya walaupun Rohingya ni kebanyakan Islam..

siap kata..

hantarlah Rohingya ni balik Myanmar

la ni tetiba concerned plak

heran bin ajaib lah
Quote hantulaksa 29-8-2023 11:40 PM
susah nak percaya... dah tahu kat msia ni bab konsert byk dpt tentangan drp org Islam, blh plk ko sumbang beli tiket utk bdk2 tahfiz pergi. Lg bagus ko beli ayam kfc bg depa mkn kat pusat tahfiz tu

keeee ko nak cover kesalahan org lain?
Quote sharlenetexas 29-8-2023 11:42 PM
Belibis replied at 29-8-2023 09:15 PM
Ko bawak budak2 srjkc sudah laaa..anak cina pun ramai lagi yang tak pernah pergi konsert.

Budak2 sjkt ke.

Quote Highflyer19 29-8-2023 11:44 PM
Tiba2 muncul...only fools will believe this apek
Quote belacan_gurl 30-8-2023 12:34 AM
Sengaja nih...sesuatu sgt.
Quote nono86 30-8-2023 02:13 AM
Ko bawak la kaum ko.. dah kenapa klaut nak sesatkan muslim dalam hiburan.. pulak tu sibuk nak raikan pendatang pulak.. kau sayang sangat kaum tu, kau pegi la hijrah negara dia..
Quote batmana 30-8-2023 05:59 AM
Sbnrnya bukan budak tahfiz je patut xle pi situ
Yg ngaku Islam pun patut haram pi..tkln budak tahfiz je agama Islam dlm tu..malulah sket yg muslim pi sna
Quote rospinki 30-8-2023 06:11 AM
Ni directly dia buat..byk benda yg belaku keliling kita indirectly mereka ada2kan agAr melayu dan islam ini lalai. Kalau nk sedekah terus ke madrasah tutup buku  ni apahal pulak berangkut ke konset acik2 reris pun ada. Ni yg aku skeptikal puak2 cepet nih. Dia pandang aku kt ofc ni kecik besar krcok besar je sebab kompeni melayu sebarus dgn cepet masih kental bertahan. Diaorg ni nk tgk kita selamanya lalai dan miskin senang depa pijak. Eh..salam subuh semua. Assalamualaikum
Quote Shayang 30-8-2023 06:32 AM
Kalau tgk nama tu mmg sama dgn nama kat contact number pada jemputan tu.
Dia wakil drpd company swasta tu yg buat CSR
tu la kot.
Ikutkan dorang nk jemput 1000 anak yatim tp dapat 700 tu ramai juga ya.
Tahfiz rohingya ni org rohingya gak ke yg jaga atau org melayu?
Quote Shayang 30-8-2023 06:36 AM
hantulaksa replied at 29-8-2023 11:40 PM
susah nak percaya... dah tahu kat msia ni bab konsert byk dpt tentangan drp org Islam, blh plk ko su ...

Mmg nama dia kat jemputan tu
Cuma taktau dia dr company swasta mana
Peliklah pihak pengurusan tahfiz pun org mana takkan tak paham BM?
Nih aku tepek lagi
431A7076-1703-431F-9ADA-B8B83B7C9BA7.jpeg
Quote apam 30-8-2023 06:56 AM
Alah takat pegi konset budak2 aje pun. Dosa besar sangat ke sebesar majlis hasut menghasut umat isle berpecah belah membenci sesama isle?
Quote noor2 30-8-2023 07:36 AM
Anak2 rohingya????...

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.074489 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top