Sebuah keluarga bertindak ganas apabila mendakwa ditipu dengan pembelian barangan tidak berkualiti pada Selasa di sebuag premis perabot terkemuka di Selayang, Selangor. Difahamkan, keluarga terbabit sebelum ini membeli sebuah perabot berharga lebih RM5,000, namun sebaik ia dihantar ke rumah, kondisi barangan itu tidak seperti yang dijanjikan.
Mendakwa ia merupakan barangan contoh (display) dipamerkan di premis terbabit, ia sekali gus mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang hampir menumbuk pemilik kedai berkenaan. Walau bagaimanapun, situasi itu dikatakan berpunca akibat kecuaian si pembeli yang tidak menyatakan pesanan barangan baharu ketika membuat bayaran. Keadaan kian meruncing apabila seorang wanita bertindak menengking beberapa lagi individu pekerja di premis berkenaan. Menghemburkan kata-kata berupa cacian serta makian, rakaman berdurasi seminit 18 saat itu berakhir dengan tanpa sebarang kecederaan.
Sementara itu, warganet di ruangan komen turut berkongsi pengalaman sama apabila pernah ditipu kedai terbabit.
|
krustykrab replied at 29-8-2023 07:37 PM
Cemggitu ek kedai die, beli brg kna mention nk brg baru bukan display
tumpanglalu74 replied at 29-8-2023 08:18 PM
Sepet nipu mamak.. Aku harap mamak tu takde la undi parti kesayangan sepet tu. Ke undi?
Tu ...
B40tastePosh replied at 29-8-2023 07:41 PM
Aku kalau beli perabot prefer Ikea untuk kualiti.
Serik beli perabot yang dibuat dari habuk kayu, b ...
CiliPadiSedap replied at 29-8-2023 09:44 PM
dahsyat betul rumah sis ada tikus
ADVERTISEMENT